"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui." ~YTM TKS Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Friday, February 5, 2016

MANFAAT ILMU TENAGA ROHANIAH



Stress atau tekanan merupakan tindak-balas seseorang terhadap sesuatu bebanan yang ditanggung secara berlebihan dalam suatu masa dan berasa bimbang tidak dapat menampungnya. Reaksi seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi yang tegang mempunyai hubung-kait antara psikologikal dan fizikal iaitu minda dan tubuh badan. Jika tidak dikawal dengan baik maka akan memberi impak yang negatif kepada kesihatan mental, fizikal dan spiritual. Stress berlaku apabila seseorang tidak dapat menerima situasi atau keadaan yang dihadapinya. Ianya boleh dilihat kepada beberapa perkara antaranya sesuatu perkara yang diinginkan tetapi tidak dapat setelah berusaha untuk mendapatkannya. Selain itu, rasa ego dalam diri dicabar atau disakiti oleh orang lain seperti dikritik, ditegur dan dilontarkan dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Kehilangan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan juga boleh menyebabkan berlakunya stress. Pelbagai perasaan dan emosi akan muncul ketika stress iaitu samada risau atau bimbang, takut, sedih, murung dan marah.
Stress terbahagi kepada dua iaitu positive stress dan negative stress. Tekanan juga boleh mempunyai kesan positif, menggalakkan motivasi dan kesedaran serta menyediakan rangsangan untuk menangani situasi yang mencabar. Tekanan seperti ini akan menyebabkan seseorang itu lebih peka dan menyegerakan sesuatu tindakan bagi menghadapi keadaan yang berlaku. Tekanan yang negatif pada peringkat yang kecil akan menimbulkan beberapa kesan seperti sakit kepala, masalah penghadaman, masalah kulit, insomnia dan ulcer. Akan tetapi, jika tekanan berlebihan, berpanjangan dan tidak henti-henti boleh memberi kesan yang berbahaya pada kesihatan mental, fizikal dan rohani yang akan mengundang pelbagai penyakit kronik.

Punca Stress

Terdapat banyak sebab atau punca berlakunya stress samada internal atau external iaitu masalah dalaman diri atau masalah luaran. Antara sebab-sebab yang boleh disenaraikan sebagai punca berlakunya stress adalah:

• Kematian orang yang paling rapat atau yang disayangi seperti kematian suami, isteri, ibu, bapa, ahli keluarga dan rakan karib.
• Perceraian antara suami dan isteri.
• Konflik dalam keluarga
• Diberhentikan atau kehilangan pekerjaan.
• Sukar mendapatkan pekerjaan.
• Tiada pekerjaan.
• Menanggung beban hutang yang banyak.
• Bercitarasa yang tinggi dalam kehidupan tetapi tidak berkemampuan.
• Belum menemui jodoh dalam usia yang sedang meningkat.
• Belum mendapat zuriat walaupun sudah lama berumahtangga.
• Masalah seksual.
• Pertambahan tugas di tempat kerja atau di rumah.
• Konflik di tempat kerja.
• Perpisahan dengan anak-anak.
• Menghadapi tindakan undang-undang.
• Gagal dalam sesuatu ujian atau peperiksaan.

Setiap orang akan menghadapi pelbagai bentuk dan jenis masalah serta situasi yang berbeza-beza yang menyebabkan berlakunya stress. Walau bagiamanapun, sebagai seorang Muslim hendaklah percaya dan yakin bahawa setiap masalah yang dihadapi merupakan ujian daripada Allah SWT yang ingin menguji keimanan hamba-hambaNya sejauh mana ia menjadi seorang yang bertaqwa atau sebaliknya.

Allah SWT telah berfirman dalam Al Quran Surah Al-Ankabut ayat 2-3:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”

Simptom

Simptom bagi stress dibahagikan kepada 4 simptom iaitu: Simptom fizikal, simptom mental, simptom tingkah-laku dan simptom emosi.

• Simptom FIZIKAL
Terdapat beberapa simptom boleh berlaku pada fizikal seseorang iaitu perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan, senak perut, pening, pengsan, berpeluh dan menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar.

• Simptom MENTAL
Ketika berlakunya stress, fungsi mental seseorang akan sedikit terganggu iaitu kurangnya daya penumpuan atau pemfokusan, sukar mengingat, sukar membuat sesuatu keputusan, mudah keliru dan menjadi panik.

• Simptom TINGKAHLAKU
Perubahan juga boleh dilihat pada tingkahlaku dan sikap seseorang iaitu perubahan selera makan samada makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Selain itu, gangguan cara pemakanan samada mengalami anorexia atau bulimia, pengambilan ubat-ubatan, minuman keras, merokok, dadah dan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan norma masyarakat, kegelisahan, dan suka menggigit kuku.

• Simptom EMOSI
Dari aspek emosi, akan terlihat beberapa perkara iaitu berlakunya kemurungan, hilang sifat sabar, marah, kemerosotan penjagaan kebersihan dan penampilan diri...


Bagaimana  kita hendak menghilangkan stress ???????
Kami boleh membantu anda.. Rasailah ketenangan jiwa untuk diri anda bila anda menyertai kami. Terbuka kepada semua pelajar2 sekolah, guru2, kakitangan kerajaan/swasta dan semua yg berminat, boleh hubungi kami;
Perubatan Alternatif ASMMA Malaysia
No. 9-2, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4162 7024 @ 013-278 8675


Read More...

Wednesday, November 25, 2015

TAFAKUR @ MEDITASI


PENGENALAN

Tafakur itu bahasa mudahnya adalah fikir atau perenungan. Bertafakur adalah merupakan amalan khususan dimana pengamalnya terlebih dahulu perlu berada dalam keadaan tenang serta fokus, sehingga mencapai konsentrasi yang tinggi. Asas bertafakur dengan cara berfikir akan kejadian diri serta merenung penciptaan alam yang terbentang luas. Fahami mendalam Hadis Nabi SAW, "Siapa yang mengenal dirinya, mengenal ia akan TuhanNYA." Sebab itulah Hadis Nabi SAW juga ada mengatakan, "Tafakur sesaat lebih baik dari ibadah setahun." Mana mungkin ibadah kita diterima jika kita tidak mengenal Pencipta diri kita yang menyuruh kita beribadah atau mengabdikan diri pada-NYA. Awwaluddin Makrifatullah




USUL TAFAKUR

Asal-usul Seni Tafakur ini adalah dari golongan Pahlawan, mereka menggunakan seni ini untuk memperolehi kekuatan luarbiasa. Mereka menggabungkan kekuatan fikiran Bawah Sedar (Sub-Conscious Mind) dan Spiritual untuk mencapai perkara yang dihajati. Hasilnya para Pendekar Melayu ini mampu bergerak dengan lebih pantas, mampu menahan kesakitan, mampu menyembuhkan diri sendiri dan lain-lain perkara yang mereka hajati sesuai dengan diri mereka.

Rahsia ini dipusakai oleh para Guru, Mahaguru dan Pendita Silat Melayu dan hanya diwariskan kepada mereka yang benar benar layak dan sanggup menerima amanah untuk menjaga rahsianya.

Setelah kedatangan agama Islam di Nusantara pada penghujung kurun ke-13, seni ini mengalami asimilasi dimana unsur mistik alami (animisme) diganti dengan amalan amalan berunsur Kerohanian Islam.

Pada tingkat ini lah para Pendita Silat tersebut  berjaya mencapai tahap yang tertinggi yang dipanggil Kesedaran Minda Tertinggi (Highest Conscious Mind). Kaedah ini juga diamalkan oleh para Ulama', sesuai dengan ajaran Islam yang  menganjurkan tafakur. Ia diperbaiki dari masa ke semasa  menjadi satu seni dan kaedah  mengenal diri yang sempurna dan sesuai sepanjang zaman. 

Tafakur @ Meditasi telah dipopularkan oleh para pengamalnya dalam pelbagai bentuk dan cara, kebanyakannya bersifat universal dengan pelbagai konsep, Yoga adalah salah satu cabang yang popular dan dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat diseluruh dunia. Ia adalah satu cara yang diguna pakai oleh masyarakat Timur untuk mencapai keharmonian dalam kehidupan. Ini kerana ia mampu merangsang otak untuk menjadi lebih kreatif, membantu mengurangkan kesan tekanan atau stress, dan pelbagai kegunaan lagi. Kaedah Tafakur @ Meditasi ini sesuai diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau usia.


Apabila ianya diwariskan kepada  YTM Tuanku Panji Alam, beliau mendapati seni ini bukan sekadar berguna dalam dunia persilatan malah dapat memberi manfaat dalam setiap aktiviti kehidupan seharian. Ia juga dapat dijadikan medium untuk mencapai keharmonian sejagat. Jadi beliau mengambil keputusan untuk berkongsi rahsia ini agar semua manusia tidak kira agama dan bangsa dapat mencapai Kesedaran Tahap Tertinggi dan menjadikan mereka manusia yang lebih baik, fizikal, mental dan rohaninya .

Ini menjadikan beliau Grandmaster yang pertama membawa rahsia ini ke persada dunia, dengan harapan dapat menyampaikan mesej kedamaian dan kesejahteraan  supaya seluruh dunia dapat hidup dalam aman damai, sihat dan berjaya dalam bidang masing-masing. Bertepatan dengan sanad dan warisan ilmu yang diamalkan ini, maka dinamakan dengan 'Rahsia Purba Seni Tafakur Melayu' @ 'Ancient Secret of Malay Meditation Arts (ASMMA)' . 



ASMMA adalah salah satu cara yang diwarisi oleh YTM Tuanku Panji Alam yang mana ia menggabungkan konsep kerohanian Islam dan kaedah saintifik, sekaligus menghasilkan satu kaedah yang moden tetapi masih mengekalkan prinsip prinsip tradisi yang unik. Di dalam pelajaran ASMMA , kaedah yang disampaikan adalah mudah dan praktikal, terbahagi kepada dua kategori iaitu kaedah Tafakur Diam dan Tafakur Kreatif.


MANFAAT TAFAKUR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
  • Membersihkan diri dari unsur negatif baik dari segi fizikal, mental ataupun spiritual
  • Menangani masalah tekanan hidup @ stress
  • Memperolehi ketenangan dan mampu mengawal emosi dengan lebih baik.
  • Meningkatkan kemampuan penyembuhan secara semulajadi tubuh
  • Mempertingkatkan ketahanan diri dari segi fizikal, mental dan spiritual.
  • Mampu meningkatkan fungsi otak kepada lebih dari 5% sedikit demi sedikit.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti 
  • Meningkatkan kualiti kerja / pelajaran 
  • Berkebolehan dalam seni beladiri dan juga kemampuan merawat diri dan orang lain



"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui."
Read More...

Wednesday, October 21, 2015

SALASILAH & USUL PERGURUAN GAYONG MA'ARIFAT


Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah diasaskan oleh T.K.S Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri selaku Guru Utama PSSGMM pada bulan Januari tahun 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Ketua Tertinggi Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Tertinggi Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan dan adat  istiadat, serta selaku penasihat dan juga penguatkuasaan Undang-Undang Adat dalam PSSGMM.


YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam mula mengenali Seni Silat Melayu sejak berusia dua tahun. Pada peringkat awal, ketika berusia 2–12 tahun, beliau sering berlatih silat secara sendirian. Hanya mengikut gerak naluri dan rasa. Kemungkinan kebolehan ini datang kepada beliau atas nasab keturunan yang ada pada beliau. Ibu bapanya berasal daripada jalur keturunan pendekar. Maka, dengan izin-Nya, beliau mampu dan pandai bersilat tanpa berguru. Pada tahun 1977, beliau menetap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang. Pada waktu itu, Seni Silat Melayu kian berkembang di kampung dan pekan kecil di sekitar Temerloh hingga Jerantut. Antara Seni Silat Melayu yang giat menabur ilmu ialah Silat Nasrul Haq, Tapak Suci, Wali Suci, Gayung 7, Sendeng 2 Beradik dan Seni Silat Lincah. Seni Silat Gayong turut menumpang kemeriahan alam persilatan pada waktu itu. Walaupun Seni Silat Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarat pada masa itu, masih ada Seni Silat Tua yang aktif menurunkan ilmunya kepada pemuda dan pemudi yang berminat. Ketika itu, YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam mulai jatuh hati kepada sebuah Perguruan Silat Tua negeri Pahang daripada aliran Sutan Muakat yang bernama Seni Silat ‘Panding Juan’. Beliau memperolehi ilmu ini daripada Guru Tua yang dihormati, iaitu seorang Pendekar yang tersohor di negeri Pahang. Guru Tua itu bernama Tuan Guru Haji Abdullah bin Simat. YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam dengan rendah hati telah menghambakan diri mempelajari dan membantu mengembangkan seni silat ini daripada tahun 1977 sehingga tahun 1985.


Kemudian, keinginan beliau mula bercambah kepada ilmu kerohanian dan kebatinan aliran ilmu Persilatan Melayu. Untuk mendalaminya, beliau telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia daripada tahun 1986 sehingga tahun 1989. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu kebatinan Persilatan Melayu daripada 32 orang guru silat. Namun begitu, beliau belum lagi merasa puas kerana apa yang dicari-cari selama ini, masih belum ditemui. Beliau sebenarnya mencari satu aliran persilatan yang mampu mendidik dirinya untuk dunia dan akhirat. Beliau bukan semata-mata mencari kehebatan dunia atau mencari nama, tetapi beliau mencari kepuasan hati. Beliau mencari ilmu yang mampu menjadikan beliau seorang yang berakhlak, tenang dan selamat di dunia dan di akhirat. Telah ditakdirkan Allah SWT, pada Disember 1989, beliau telah menemui seorang guru tua yang mampu membimbing dan mendidik beliau mengenali jalan Tuhan. Beliau berguru dengan guru tua tersebut selama 3 tahun (1990 – 1993). Guru Tua ini telah mengarahkan beliau untuk melakukan uzlah di hutan Lentang, Bentong, Pahang. Pada tahun 1991, beliau telah didatangi pula oleh seorang guru tua yang membawa aliran persilatan warisan Laksamana Datuk Hang Tuah. Beliau telah berguru kepada guru tua kedua ini selama dua tahun (1992 – 1993). YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam telah menamatkan pengajian ilmu ketuhanan dan persilatan daripada kedua-dua guru tua tersebut pada penghujung tahun 1993. Jika mahu mengetahui siapakah kedua-dua guru tua tersebut, perlulah mengadap YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam secara peribadi atau bertanya kepada Guru Kanan Seni Silat Gayong Ma’arifat itu sendiri.


Oleh kerana silat ini banyak menggunakan kaedah Kerohanian (Islam) dan Tenaga Dalaman, disamping konsep tawakal kepada Allah S.W.T. yang sangat dititikberatkan oleh YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam dalam setiap gerak silatnya, maka beliau telah mendapat ilham menamakan silat ini dengan nama   “ Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia”. Pada tahun 1993, beliau telah diamanahkan oleh kedua-dua guru tua tersebut untuk mengembangkan Seni Silat Warisan Datuk Laksamana Hang Tuah ke seluruh dunia. Selain daripada mengembangkan ilmu persilatan, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia. 



YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan pengurusan PSSGMM. Kerana PSSGMM mempunyai susun-atur pentadbirannya sendiri dan lengkap, yang diketuai oleh Presiden PSSGMM serta barisan Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa peringkat Cawangan Negeri di seluruh Malaysia.

PRESIDEN PSSGMM
Datuk Paduka Bentara Setia Sri Gemilang
Malek Redzuan Hashim Al-Qadiri

Read More...

Wednesday, October 14, 2015

SEMINAR LUARBIASA SEHARI 'RAHSIA SYAHADAH & ZIKIR'



TAHUKAH ANDA,SIAPAKAH YANG MULA MENGGUNAKAN KEKUATAN RAHSIA SYAHADAH??

MANUSIA PERTAMA YG MENJUMPAI KEKUATAN RAHSIA SYAHADAH ADALAH MOYANG SEMUA MANUSIA YANG BERNAMA NABI ADAM A.S.

BAGAIMANAKAH BAGINDA MENJUMPAI RAHSIA INI??

MENGAPA ALLAH S.W.T CIPTAKAN KALIMAH SYAHADAH DIMANA IANYA WAJIB DIBACA BAGI MANUSIA YANG INGIN MEMELUK AGAMA ISLAM??

TAHUKAH ANDA SYAHADAH ADALAH "PASSPORT QUBRA" BAGI MANUSIA YG INGIN SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT..??

TAHUKAH ANDA SYAHADAH ADALAH SATU KATA KUNCI DALAM MENEROKA PERBENDAHARAAN ILMU DAN KEKAYAAN ALLAH S.W.T..??

IKUTILAH KURSUS RAHSIA SYAHADAH INI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT..




"Kebiasaannya pada umum hanya mengetahui bahawa kalimah SYAHADAH itu adalah sekadar untuk dilafaz semata2 dimana ketika seseorang hendak meninggal dunia atau dilafazkan ketika untuk mengislamkan warga non-muslim. Hakikatnya Syahadah itu bukan sekadar untuk dilafazkan sahaja, tetapi setiap yg bergelar manusia wajib mengetahui sepenuhnya Rukun Syahadah, menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Malah selain itu Syahadah ada banyak rahsianya yang boleh dibongkar, diterokai (oleh AHLINYA) untuk diketahui umum, yakni segala kelebihannya, fadhilatnya, kaifiatnya serta berupaya mencapai adirasa tauhid makrifatullah. Dengan Syahadah itu juga kita dapat mengolah Tenaga/Aura untuk diaplikasikan dalam Terapi Perubatan Alternatif, permainan Seni Bela Diri (Ibu Gayong), Meditasi (Tafakur) serta berupaya menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan seharian melalui penghayatan yg sebenarnya Haqqul Yaqin, bukan sekadar secara Takliq, Ilmul Yaqin atau Ainul Yaqin. Ini kerna SYAHADAH itu bukan sahaja KUNCI SYURGA semata2 tetapi hakikatnya SYAHADAH itu juga adalah KUNCI segala perbendaharaan ilmu yang sememangnya memberi manfaat kepada semua umat manusia untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat..InsyaAllah"

"Kami ada 'KUNCI' dan sebagai mahabbah Pembuka Jalan, sertailah kami untuk bersama2 mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.InsyaAllah"

ANTARA MANFAAT MENYERTAI SEMINAR;
  • Dapat mengetahui apa itu Ilmu Syahadah serta Rahsia2nya.
  • Dapat mempelajari kaedah amalan Zikrullah yang sangat memberi kesan pada rohani dan jasmani.
  • Mampu menjana/mengolah tenaga minda hingga ke tahap Kesedaran Tertinggi (Highest Conscious Mind).
  • Mampu membangkitkan Aura Diri bagi menyelesaikan masalah kehidupan yg berpunca daripada stress, jiwa kacau, fikiran bercelaru, hidup tidak tenang serta masalah2 lain.
  • Membangkitkan Tenaga Magnet bagi menarik kekayaan, kejayaan serta meningkatkan darjat disisi Allah dan manusia.
  • Berupaya membuang/menolak unsur2 negatif dalam diri dan di sekeliling serta berupaya mengubah/menarik unsur2 positif dan optimis dalam melakukan setiap pekerjaan & aktiviti seharian.
  • Mampu merawat diri, pembersihan diri, pendinding diri dari gangguan sihir, santau, badi, tuju2, badi serta perbuatan khianat musuh.
  • Boleh bersilat secara tiba2 (Gerak Tenaga Rohaniah)
  • Perisai diri dari senjata tajam, logam atau tumbuh-tumbuhan (Perisai Syahadah, Fatihah & Kursi)

TERBUKA UNTUK SEMUA. SILA DAFTAR SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

Hubungi/SMS/PM/WhatsApp: Tuan Kumbang Segak 017-9267154 @ APP Syam Al-qadiri 013-2848379

Read More...

BARANG-BARANG HIKMAH




KOLEKSI SELENDANG HIKMAH UNTUK DIMAHARKAN:

1. Selendang Mahkota Alam
‪#‎Keluasan‬ tenaga: 5000 meter persegi
2. Selendang Naga Sakti (khusus untuk perempuan shj.)
#Keluasan tenaga: 2000 meter persegi
3. Selendang Citra Buana Bima Sakti
#Keluasan tenaga: 700 meter persegi
4. Selendang Citra Bayu Bima Sakti
#Keluasan tenaga: 180 meter persegi
5. Selendang Indera Segara
#Keluasan tenaga: 70 meter persegi

Nota: Semua selendang @ senjata yang telah diisi dengan kelebihan yang dijanjikan boleh terus diuji atau dibuktikan di depan kami. Jika gagal, wang anda akan dikembalikan pada waktu itu juga. Tiada unsur penipuan atau penyamaran. Dijamin bersih dari unsur-unsur khurafat @ syubhah.



PERKHIDMATAN UNTUK PENGISIAN TENAGA HAYAT @ AURA DIRI
(Samada ingin diisi pada tubuh badan, senjata, cincin, produk2 dll)

1. Aura Pengasih
2. Aura Pelaris
3. Aura Penunduk
4. Fadhilat Tenaga Besi Kursani (Tenaga kelelakian)
5. Fadhilat Tenaga Alat Kelamin (Tenaga perempuan)
6. Aura Memukau
7. Aura Pendinding @ Kebal (Perisai)
8. Pukulan Gayong Semilir Sakti (Jurus Jarak Jauh)

‪#‎Nota‬: Semua Pengisian Tenaga Hayat dimasukkan melalui ubun-ubun (jika untuk tubuh badan). Dijamin bersih, tanpa logam, tiada jin @ khadam, tiada unsur khurafat, amalan songsang, ilmu hitam, dan dijamin tidak sakit. Fadhilat Ayat suci Al-Quran / Doa Mustajab ini sangat berkesan untuk tujuan keselamatan, penunduk musuh, seri wajah, kebahagiaan suami-isteri (hubungan intim), dan lain-lain lagi kegunaannya. Semuanya akan terjadi dengan izin ALLAH SWT.

https://www.facebook.com/baranghikmat


Read More...