"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui." ~YTM TKS Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Wednesday, October 21, 2015

SALASILAH & USUL PERGURUAN GAYONG MA'ARIFAT


Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah diasaskan oleh T.K.S Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri selaku Guru Utama PSSGMM pada bulan Januari tahun 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Ketua Tertinggi Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Tertinggi Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan dan adat  istiadat, serta selaku penasihat dan juga penguatkuasaan Undang-Undang Adat dalam PSSGMM.


YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam mula mengenali Seni Silat Melayu sejak berusia dua tahun. Pada peringkat awal, ketika berusia 2–12 tahun, beliau sering berlatih silat secara sendirian. Hanya mengikut gerak naluri dan rasa. Kemungkinan kebolehan ini datang kepada beliau atas nasab keturunan yang ada pada beliau. Ibu bapanya berasal daripada jalur keturunan pendekar. Maka, dengan izin-Nya, beliau mampu dan pandai bersilat tanpa berguru. Pada tahun 1977, beliau menetap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang. Pada waktu itu, Seni Silat Melayu kian berkembang di kampung dan pekan kecil di sekitar Temerloh hingga Jerantut. Antara Seni Silat Melayu yang giat menabur ilmu ialah Silat Nasrul Haq, Tapak Suci, Wali Suci, Gayung 7, Sendeng 2 Beradik dan Seni Silat Lincah. Seni Silat Gayong turut menumpang kemeriahan alam persilatan pada waktu itu. Walaupun Seni Silat Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarat pada masa itu, masih ada Seni Silat Tua yang aktif menurunkan ilmunya kepada pemuda dan pemudi yang berminat. Ketika itu, YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam mulai jatuh hati kepada sebuah Perguruan Silat Tua negeri Pahang daripada aliran Sutan Muakat yang bernama Seni Silat ‘Panding Juan’. Beliau memperolehi ilmu ini daripada Guru Tua yang dihormati, iaitu seorang Pendekar yang tersohor di negeri Pahang. Guru Tua itu bernama Tuan Guru Haji Abdullah bin Simat. YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam dengan rendah hati telah menghambakan diri mempelajari dan membantu mengembangkan seni silat ini daripada tahun 1977 sehingga tahun 1985.


Kemudian, keinginan beliau mula bercambah kepada ilmu kerohanian dan kebatinan aliran ilmu Persilatan Melayu. Untuk mendalaminya, beliau telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia daripada tahun 1986 sehingga tahun 1989. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu kebatinan Persilatan Melayu daripada 32 orang guru silat. Namun begitu, beliau belum lagi merasa puas kerana apa yang dicari-cari selama ini, masih belum ditemui. Beliau sebenarnya mencari satu aliran persilatan yang mampu mendidik dirinya untuk dunia dan akhirat. Beliau bukan semata-mata mencari kehebatan dunia atau mencari nama, tetapi beliau mencari kepuasan hati. Beliau mencari ilmu yang mampu menjadikan beliau seorang yang berakhlak, tenang dan selamat di dunia dan di akhirat. Telah ditakdirkan Allah SWT, pada Disember 1989, beliau telah menemui seorang guru tua yang mampu membimbing dan mendidik beliau mengenali jalan Tuhan. Beliau berguru dengan guru tua tersebut selama 3 tahun (1990 – 1993). Guru Tua ini telah mengarahkan beliau untuk melakukan uzlah di hutan Lentang, Bentong, Pahang. Pada tahun 1991, beliau telah didatangi pula oleh seorang guru tua yang membawa aliran persilatan warisan Laksamana Datuk Hang Tuah. Beliau telah berguru kepada guru tua kedua ini selama dua tahun (1992 – 1993). YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam telah menamatkan pengajian ilmu ketuhanan dan persilatan daripada kedua-dua guru tua tersebut pada penghujung tahun 1993. Jika mahu mengetahui siapakah kedua-dua guru tua tersebut, perlulah mengadap YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam secara peribadi atau bertanya kepada Guru Kanan Seni Silat Gayong Ma’arifat itu sendiri.


Oleh kerana silat ini banyak menggunakan kaedah Kerohanian (Islam) dan Tenaga Dalaman, disamping konsep tawakal kepada Allah S.W.T. yang sangat dititikberatkan oleh YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam dalam setiap gerak silatnya, maka beliau telah mendapat ilham menamakan silat ini dengan nama   “ Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia”. Pada tahun 1993, beliau telah diamanahkan oleh kedua-dua guru tua tersebut untuk mengembangkan Seni Silat Warisan Datuk Laksamana Hang Tuah ke seluruh dunia. Selain daripada mengembangkan ilmu persilatan, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia. 



YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan pengurusan PSSGMM. Kerana PSSGMM mempunyai susun-atur pentadbirannya sendiri dan lengkap, yang diketuai oleh Presiden PSSGMM serta barisan Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa peringkat Cawangan Negeri di seluruh Malaysia.

PRESIDEN PSSGMM
Datuk Paduka Bentara Setia Sri Gemilang
Malek Redzuan Hashim Al-Qadiri

Read More...

Wednesday, October 14, 2015

SEMINAR LUARBIASA SEHARI 'RAHSIA SYAHADAH & ZIKIR'



TAHUKAH ANDA,SIAPAKAH YANG MULA MENGGUNAKAN KEKUATAN RAHSIA SYAHADAH??

MANUSIA PERTAMA YG MENJUMPAI KEKUATAN RAHSIA SYAHADAH ADALAH MOYANG SEMUA MANUSIA YANG BERNAMA NABI ADAM A.S.

BAGAIMANAKAH BAGINDA MENJUMPAI RAHSIA INI??

MENGAPA ALLAH S.W.T CIPTAKAN KALIMAH SYAHADAH DIMANA IANYA WAJIB DIBACA BAGI MANUSIA YANG INGIN MEMELUK AGAMA ISLAM??

TAHUKAH ANDA SYAHADAH ADALAH "PASSPORT QUBRA" BAGI MANUSIA YG INGIN SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT..??

TAHUKAH ANDA SYAHADAH ADALAH SATU KATA KUNCI DALAM MENEROKA PERBENDAHARAAN ILMU DAN KEKAYAAN ALLAH S.W.T..??

IKUTILAH KURSUS RAHSIA SYAHADAH INI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT..




"Kebiasaannya pada umum hanya mengetahui bahawa kalimah SYAHADAH itu adalah sekadar untuk dilafaz semata2 dimana ketika seseorang hendak meninggal dunia atau dilafazkan ketika untuk mengislamkan warga non-muslim. Hakikatnya Syahadah itu bukan sekadar untuk dilafazkan sahaja, tetapi setiap yg bergelar manusia wajib mengetahui sepenuhnya Rukun Syahadah, menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Malah selain itu Syahadah ada banyak rahsianya yang boleh dibongkar, diterokai (oleh AHLINYA) untuk diketahui umum, yakni segala kelebihannya, fadhilatnya, kaifiatnya serta berupaya mencapai adirasa tauhid makrifatullah. Dengan Syahadah itu juga kita dapat mengolah Tenaga/Aura untuk diaplikasikan dalam Terapi Perubatan Alternatif, permainan Seni Bela Diri (Ibu Gayong), Meditasi (Tafakur) serta berupaya menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan seharian melalui penghayatan yg sebenarnya Haqqul Yaqin, bukan sekadar secara Takliq, Ilmul Yaqin atau Ainul Yaqin. Ini kerna SYAHADAH itu bukan sahaja KUNCI SYURGA semata2 tetapi hakikatnya SYAHADAH itu juga adalah KUNCI segala perbendaharaan ilmu yang sememangnya memberi manfaat kepada semua umat manusia untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat..InsyaAllah"

"Kami ada 'KUNCI' dan sebagai mahabbah Pembuka Jalan, sertailah kami untuk bersama2 mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.InsyaAllah"

ANTARA MANFAAT MENYERTAI SEMINAR;
  • Dapat mengetahui apa itu Ilmu Syahadah serta Rahsia2nya.
  • Dapat mempelajari kaedah amalan Zikrullah yang sangat memberi kesan pada rohani dan jasmani.
  • Mampu menjana/mengolah tenaga minda hingga ke tahap Kesedaran Tertinggi (Highest Conscious Mind).
  • Mampu membangkitkan Aura Diri bagi menyelesaikan masalah kehidupan yg berpunca daripada stress, jiwa kacau, fikiran bercelaru, hidup tidak tenang serta masalah2 lain.
  • Membangkitkan Tenaga Magnet bagi menarik kekayaan, kejayaan serta meningkatkan darjat disisi Allah dan manusia.
  • Berupaya membuang/menolak unsur2 negatif dalam diri dan di sekeliling serta berupaya mengubah/menarik unsur2 positif dan optimis dalam melakukan setiap pekerjaan & aktiviti seharian.
  • Mampu merawat diri, pembersihan diri, pendinding diri dari gangguan sihir, santau, badi, tuju2, badi serta perbuatan khianat musuh.
  • Boleh bersilat secara tiba2 (Gerak Tenaga Rohaniah)
  • Perisai diri dari senjata tajam, logam atau tumbuh-tumbuhan (Perisai Syahadah, Fatihah & Kursi)

TERBUKA UNTUK SEMUA. SILA DAFTAR SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

Hubungi/SMS/PM/WhatsApp: Tuan Kumbang Segak 017-9267154 @ APP Syam Al-qadiri 013-2848379

Read More...

BARANG-BARANG HIKMAH




KOLEKSI SELENDANG HIKMAH UNTUK DIMAHARKAN:

1. Selendang Mahkota Alam
‪#‎Keluasan‬ tenaga: 5000 meter persegi
2. Selendang Naga Sakti (khusus untuk perempuan shj.)
#Keluasan tenaga: 2000 meter persegi
3. Selendang Citra Buana Bima Sakti
#Keluasan tenaga: 700 meter persegi
4. Selendang Citra Bayu Bima Sakti
#Keluasan tenaga: 180 meter persegi
5. Selendang Indera Segara
#Keluasan tenaga: 70 meter persegi

Nota: Semua selendang @ senjata yang telah diisi dengan kelebihan yang dijanjikan boleh terus diuji atau dibuktikan di depan kami. Jika gagal, wang anda akan dikembalikan pada waktu itu juga. Tiada unsur penipuan atau penyamaran. Dijamin bersih dari unsur-unsur khurafat @ syubhah.



PERKHIDMATAN UNTUK PENGISIAN TENAGA HAYAT @ AURA DIRI
(Samada ingin diisi pada tubuh badan, senjata, cincin, produk2 dll)

1. Aura Pengasih
2. Aura Pelaris
3. Aura Penunduk
4. Fadhilat Tenaga Besi Kursani (Tenaga kelelakian)
5. Fadhilat Tenaga Alat Kelamin (Tenaga perempuan)
6. Aura Memukau
7. Aura Pendinding @ Kebal (Perisai)
8. Pukulan Gayong Semilir Sakti (Jurus Jarak Jauh)

‪#‎Nota‬: Semua Pengisian Tenaga Hayat dimasukkan melalui ubun-ubun (jika untuk tubuh badan). Dijamin bersih, tanpa logam, tiada jin @ khadam, tiada unsur khurafat, amalan songsang, ilmu hitam, dan dijamin tidak sakit. Fadhilat Ayat suci Al-Quran / Doa Mustajab ini sangat berkesan untuk tujuan keselamatan, penunduk musuh, seri wajah, kebahagiaan suami-isteri (hubungan intim), dan lain-lain lagi kegunaannya. Semuanya akan terjadi dengan izin ALLAH SWT.

https://www.facebook.com/baranghikmat


Read More...

PERUBATAN ALTERNATIF ASMMA MALAYSIA



PERKHIDMATAN RAWATAN & KAUNSELING

(Kami menyediakan Rawatan Alternatif dan Syifa: Masalah misteri, sihir, gangguan makhluk halus, rumahtangga, perniagaan, pekerjaan, jodoh, pelajaran dll.)

1. Mandi Limau
2. Mandi Bunga
3. Alin Telur
4. Laser Pemusnah
5. Laser Penyembuh
6. Laser Pemulih
7. Laser Penawar
8. Laser Cabut dan Laser Pagar

Sila pm/sms/whatsapp/call no hp yg tertera pada iklan di diatas.

Read More...

ANCIENT SECRET OF MALAY MEDITATION ARTS



RAHSIA PURBA SENI TAFAKUR MELAYU
(ANCIENT SECRET OF MALAY MEDITATION ARTS)
  • Mengembalikan kestabilan tubuh kepada normal serta mampu menolak tenaga negatif di dalam tubuh.
  • Merangsang otak dan kelenjar supaya berada dalam keadaan tenang secara semulajadi.
  • Merangsang sistem saraf, organ, sel dan hormon berfungsi dengan lebih stabil serta mengelak kecelaruan aktiviti sistem tubuh.
  • Merangsang sistem imuniti tubuh bagi mengelak jangkitan atau penyakit serta menghalang keracunan di dalam tubuh secara semualajadi.
  • Merangsang sistem aura iaitu pertahanan tubuh dalam bentuk spiritual yang mampu memberi kecergasan, kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.
  • Mampu menghalang unsur-unsur negatif daripada menceroboh tubuh zahir dan batin.


TAHAP-TAHAP KURSUS ASMMA:

1. ASMMA Tahap Asas
2. ASMMA Tahap Lanjutan
3. ASMMA Tahap Tinggi
4. ASMMA Tahap Tertinggi

Ingin pelajari sila ke Pusat ASMMA;
No. 9-2, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak, Kuala Lumpur. 
Tel: 03-4162 7024

Read More...

KELAB WARIS BERGELAR & BERADAT PANJI ALAM




ANTARA AHLI KELAB WARIS BERGELAR & BERADAT PANJI ALAM :
  1. DATUK SERI PADUKA SETIA LELA NILA PAHLAWAN 
  2. DATUK SERI PADUKA SETIA ARIA TUNGGAL
  3. DATUK SERI PADUKA PERANG LELA PERKASA 
  4. DATUK PADUKA SETIA PANGLIMA PERANG MANGKUBUMI
  5. DATUK SERI ORANG KAYA SETIA GEMPITA ALAM 
  6. DATUK SERI ORANG KAYA SETIA NILA UTAMA
  7. DATUK SERI ORANG KAYA SETIA TUNGGAK ALAM
  8. DATUK SERI ORANG KAYA SETIA INDERA PAHLAWAN
  9. DATUK PADUKA SETIA PANGLIMA PERANG LELA TERBILANG 
  10. DATUK PADUKA SETIA PANGLIMA HARIMAU PUTIH 
  11. DATUK PADUKA BENTARA SETIA LELA SARI
  12. DATUK PADUKA SETIA PANGLIMA BONDA DANG RATNA SRI DEWI
  13. DATUK PADUKA SETIA ARIA NEGARA 
  14. DATUK PADUKA SETIA PANGLIMA PERANG NAGA SAKTI 
  15. DATUK SERI PADUKA SETIA NILA PENDITA
  16. TUN SRI LANANG TRIBUANA
  17. DATUK PADUKA SETIA PANGLIMA PERANG NAGA TRISULA SAKTI
  18. DATUK PADUKA SETIA PANGLIMA BIMA SAKTI
  19. DATUK PADUKA BENTARA SETIA SRI GEMILANG 
  20. DATUK SETIA BIJA SURA
  21. DATUK BIJAYA PENGELOLA
  22. DATUK SERI LELA MAHKOTA ALAM
  23. DATUK SETIA LELA NAGA SAKTI
  24. DATUK SETIA LELA BIMA SAKTI


Read More...

'KEMBARA 1 SYAHADAH'



PENGENALAN

'KEMBARA 1 SYAHADAH' adalah suatu program  yang diperkenalkan oleh YTM TKS Datuk Seri Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, Pengasas & Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM). Dalam program ini para peserta terlebih dahulu akan 'diaktifkan' Tenaga Dalaman (Tenaga Rohaniah) melalui pengijazahan/bai'ah oleh YTM TKS.




PENGISIAN PROGRAM
  1. Penerangan mengenai Kuasa Kesedaran Tahap Tertinggi (Highest Conscious Mind)
  2. Rahsia Purba Seni Tafakur Melayu (Ancient Secret of Malay Meditation Arts)
  3. Gerak Tenaga Rohaniah (Persilatan, Perubatan, Cara hidup seharian)
  4. Modul pembelajaran teori dan praktikal serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Menyampaikan suatu rahsia ilmu kepada seluruh genap lapisan masyarakat yang merupakan satu warisan bangsa Melayu yang semakin pudar.
  2. Mengajak seluruh masyarakat dalam menangani segala macam masalah fizikal, spiritual dan mental dalam kehidupan bermasyarakat.
  3. Menggalakkan satu aktiviti yang sihat dan bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 
  4. Mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup sejagat.

MANFAAT / KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM
  1. Merangsang sel-sel otak lebih berdaya kreatif dan menajamkan fikiran,
  2. Memulihkan seluruh sistem dalam tubuh badan secara semulajadi.
  3. Menyusun-atur gelombang tenaga @ aura diri dalam badan.
  4. Mengurangkan tekanan hidup.
  5. Menguatkan semangat, fizikal, rohani dan emosi.
  6. Merawat diri dari unsur-unsur negatif dalam badan. 










Read More...