"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui." ~YTM TKS Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Wednesday, November 25, 2015

TAFAKUR @ MEDITASI


PENGENALAN

Tafakur itu bahasa mudahnya adalah fikir atau perenungan. Bertafakur adalah merupakan amalan khususan dimana pengamalnya terlebih dahulu perlu berada dalam keadaan tenang serta fokus, sehingga mencapai konsentrasi yang tinggi. Asas bertafakur dengan cara berfikir akan kejadian diri serta merenung penciptaan alam yang terbentang luas. Fahami mendalam Hadis Nabi SAW, "Siapa yang mengenal dirinya, mengenal ia akan TuhanNYA." Sebab itulah Hadis Nabi SAW juga ada mengatakan, "Tafakur sesaat lebih baik dari ibadah setahun." Mana mungkin ibadah kita diterima jika kita tidak mengenal Pencipta diri kita yang menyuruh kita beribadah atau mengabdikan diri pada-NYA. Awwaluddin Makrifatullah




USUL TAFAKUR

Asal-usul Seni Tafakur ini adalah dari golongan Pahlawan, mereka menggunakan seni ini untuk memperolehi kekuatan luarbiasa. Mereka menggabungkan kekuatan fikiran Bawah Sedar (Sub-Conscious Mind) dan Spiritual untuk mencapai perkara yang dihajati. Hasilnya para Pendekar Melayu ini mampu bergerak dengan lebih pantas, mampu menahan kesakitan, mampu menyembuhkan diri sendiri dan lain-lain perkara yang mereka hajati sesuai dengan diri mereka.

Rahsia ini dipusakai oleh para Guru, Mahaguru dan Pendita Silat Melayu dan hanya diwariskan kepada mereka yang benar benar layak dan sanggup menerima amanah untuk menjaga rahsianya.

Setelah kedatangan agama Islam di Nusantara pada penghujung kurun ke-13, seni ini mengalami asimilasi dimana unsur mistik alami (animisme) diganti dengan amalan amalan berunsur Kerohanian Islam.

Pada tingkat ini lah para Pendita Silat tersebut  berjaya mencapai tahap yang tertinggi yang dipanggil Kesedaran Minda Tertinggi (Highest Conscious Mind). Kaedah ini juga diamalkan oleh para Ulama', sesuai dengan ajaran Islam yang  menganjurkan tafakur. Ia diperbaiki dari masa ke semasa  menjadi satu seni dan kaedah  mengenal diri yang sempurna dan sesuai sepanjang zaman. 

Tafakur @ Meditasi telah dipopularkan oleh para pengamalnya dalam pelbagai bentuk dan cara, kebanyakannya bersifat universal dengan pelbagai konsep, Yoga adalah salah satu cabang yang popular dan dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat diseluruh dunia. Ia adalah satu cara yang diguna pakai oleh masyarakat Timur untuk mencapai keharmonian dalam kehidupan. Ini kerana ia mampu merangsang otak untuk menjadi lebih kreatif, membantu mengurangkan kesan tekanan atau stress, dan pelbagai kegunaan lagi. Kaedah Tafakur @ Meditasi ini sesuai diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau usia.


Apabila ianya diwariskan kepada  YTM Tuanku Panji Alam, beliau mendapati seni ini bukan sekadar berguna dalam dunia persilatan malah dapat memberi manfaat dalam setiap aktiviti kehidupan seharian. Ia juga dapat dijadikan medium untuk mencapai keharmonian sejagat. Jadi beliau mengambil keputusan untuk berkongsi rahsia ini agar semua manusia tidak kira agama dan bangsa dapat mencapai Kesedaran Tahap Tertinggi dan menjadikan mereka manusia yang lebih baik, fizikal, mental dan rohaninya .

Ini menjadikan beliau Grandmaster yang pertama membawa rahsia ini ke persada dunia, dengan harapan dapat menyampaikan mesej kedamaian dan kesejahteraan  supaya seluruh dunia dapat hidup dalam aman damai, sihat dan berjaya dalam bidang masing-masing. Bertepatan dengan sanad dan warisan ilmu yang diamalkan ini, maka dinamakan dengan 'Rahsia Purba Seni Tafakur Melayu' @ 'Ancient Secret of Malay Meditation Arts (ASMMA)' . 



ASMMA adalah salah satu cara yang diwarisi oleh YTM Tuanku Panji Alam yang mana ia menggabungkan konsep kerohanian Islam dan kaedah saintifik, sekaligus menghasilkan satu kaedah yang moden tetapi masih mengekalkan prinsip prinsip tradisi yang unik. Di dalam pelajaran ASMMA , kaedah yang disampaikan adalah mudah dan praktikal, terbahagi kepada dua kategori iaitu kaedah Tafakur Diam dan Tafakur Kreatif.


MANFAAT TAFAKUR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
  • Membersihkan diri dari unsur negatif baik dari segi fizikal, mental ataupun spiritual
  • Menangani masalah tekanan hidup @ stress
  • Memperolehi ketenangan dan mampu mengawal emosi dengan lebih baik.
  • Meningkatkan kemampuan penyembuhan secara semulajadi tubuh
  • Mempertingkatkan ketahanan diri dari segi fizikal, mental dan spiritual.
  • Mampu meningkatkan fungsi otak kepada lebih dari 5% sedikit demi sedikit.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti 
  • Meningkatkan kualiti kerja / pelajaran 
  • Berkebolehan dalam seni beladiri dan juga kemampuan merawat diri dan orang lain



"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui."

0 comments:

Post a Comment