"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui." ~YTM TKS Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Thursday, August 16, 2012

KENAPA PERJUANGAN KITA GAGAL

Semua orang yang berjuang mahukan kejayaan, kejayaan yang ingin dinikmati dunia dan akhirat, 
Semua orang mahu perjuangannya diterima Allah.. Tiada orang mahu perjuangan yang sia-sia.
 Kenapa perjuangan kita seringkali gagal??? 
Adakah kita tidak layak menjadi pejuang.
 Oh! Itu mungkin kifarah dari Allah.. 
Perjuangan kita masih jauh, Ingatlah! 
Wahai pejuang harapan bangsa dan agama, 
Betulkanlah saf-saf barisan kita. Ayuh!
 Bangkitlah! 
Tinggalkan segala sifat tercela, Jangan tunggu Allah murka, nescaya celaka badan, 
 Marilah! Buang rasa hebat diri, Jangan sangka kita lebih dari orang,
 Bersihkan hati! Hulurkan tangan persaudaraan, 
Ketepikan rasa tamak, iri hati, syak wasangka sesama sendiri, 
Hormat! Kasih sayang sesama sendiri. 
Pemimpin melaksana tanggungjawab yang diberi,
 Pengikut sama-sama mendokong tanggungjawab,
 Barulah perjuangan kita diberkati Allah...
Read More...