PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA
(PSSGMM)
Tujuan dan matlamat PSSGMM yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (No. Rujukan KDN: 1176) adalah seperti berikut:-
1. Menghidup dan mengembangkan warisan seni silat Gayong Ma’arifat kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya dimata dunia.
2. Memupuk dan memelihara nilai-nilai kesenian persilatan & budaya melayu yang bersesuaian dengan kesenian dan budaya Negara.
3. Membanteras serta membasmi kepercayaan tahyul & kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam.
4. Menanam sifat berdikari, kefahaman mental dan kecergasan diri.
5. Mempertinggi dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.
6. Menyatukan dan mendidik semua ahli-ahli pesilat Seni Silat Gayong Ma’arifat di bawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu generasi yang bermoral dan berdisiplin serta memelihara warisan pusaka bangsa.
Seni Silat Gayong Ma'arifat juga dikenali sebagai permainan ‘Seni Silat Buah Pukul Melayu’ atau ‘Permainan Orang Laut’. Terdapat tujuh aliran permainan dalam seni silat ini yang kesemuanya adalah dari warisan Datuk Laksamana Hang Tuah iaitu:
1. Permainan Buah Pukul Melayu
2. Permainan Seni Silat Sendeng
3. Permainan Seni Silat Cekak Melayu
4. Permainan Seni Silat Terlak
5. Permainan Seni Silat Harimau
6. Permainan Panglima
7. Permainan Laksamana
Sekiranya ingin mendapatkan Ilmu Kebatinan Gayong Ma'arifat, Pintu Tenaga Rohaniah perlu 'dibuka' @ 'diaktifkan' oleh Guru Utama Gayong Ma'arifat untuk mendapatkan amalan bersanad sebagai pakaian atau perisai diri dari angkara niat jahat manusia dan jin.
Kelebihan pembukaan Pintu Tenaga Rohaniah diri:-
1) Mampu bersilat dengan sendiri dalam keadaan sedar dan waras. (Tenaga Kuasa Tahap Kesedaran Tertinggi - Highest Conscious Mind)
2) Ilmu Firasat Perajurit
3) Perisai tubuh dari senjata tajam, logam dan tumbuh-tumbuhan. (Perisai Syahadah)
4) Mampu mengolah Tenaga Alam dari sumber Matahari, Bumi, Udara, Flora dan Fauna.
5) Memperolehi permainan Jurus Gayong Semilir Sakti.
6) Dapat mengunci musuh dari jarak jauh.
7) Mampu merawat dan memulih diri sendiri dan keluarga.
8) Dapat memukau/ menundukkan musuh.
9) Dapat membatalkan ilmu khianat, santau, sihir musuh dll.
http://www.youtube.com/watch?v=D1m573flzwU