"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui." ~YTM TKS Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Friday, February 5, 2016

MANFAAT ILMU TENAGA ROHANIAH



Stress atau tekanan merupakan tindak-balas seseorang terhadap sesuatu bebanan yang ditanggung secara berlebihan dalam suatu masa dan berasa bimbang tidak dapat menampungnya. Reaksi seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi yang tegang mempunyai hubung-kait antara psikologikal dan fizikal iaitu minda dan tubuh badan. Jika tidak dikawal dengan baik maka akan memberi impak yang negatif kepada kesihatan mental, fizikal dan spiritual. Stress berlaku apabila seseorang tidak dapat menerima situasi atau keadaan yang dihadapinya. Ianya boleh dilihat kepada beberapa perkara antaranya sesuatu perkara yang diinginkan tetapi tidak dapat setelah berusaha untuk mendapatkannya. Selain itu, rasa ego dalam diri dicabar atau disakiti oleh orang lain seperti dikritik, ditegur dan dilontarkan dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Kehilangan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan juga boleh menyebabkan berlakunya stress. Pelbagai perasaan dan emosi akan muncul ketika stress iaitu samada risau atau bimbang, takut, sedih, murung dan marah.
Stress terbahagi kepada dua iaitu positive stress dan negative stress. Tekanan juga boleh mempunyai kesan positif, menggalakkan motivasi dan kesedaran serta menyediakan rangsangan untuk menangani situasi yang mencabar. Tekanan seperti ini akan menyebabkan seseorang itu lebih peka dan menyegerakan sesuatu tindakan bagi menghadapi keadaan yang berlaku. Tekanan yang negatif pada peringkat yang kecil akan menimbulkan beberapa kesan seperti sakit kepala, masalah penghadaman, masalah kulit, insomnia dan ulcer. Akan tetapi, jika tekanan berlebihan, berpanjangan dan tidak henti-henti boleh memberi kesan yang berbahaya pada kesihatan mental, fizikal dan rohani yang akan mengundang pelbagai penyakit kronik.

Punca Stress

Terdapat banyak sebab atau punca berlakunya stress samada internal atau external iaitu masalah dalaman diri atau masalah luaran. Antara sebab-sebab yang boleh disenaraikan sebagai punca berlakunya stress adalah:

• Kematian orang yang paling rapat atau yang disayangi seperti kematian suami, isteri, ibu, bapa, ahli keluarga dan rakan karib.
• Perceraian antara suami dan isteri.
• Konflik dalam keluarga
• Diberhentikan atau kehilangan pekerjaan.
• Sukar mendapatkan pekerjaan.
• Tiada pekerjaan.
• Menanggung beban hutang yang banyak.
• Bercitarasa yang tinggi dalam kehidupan tetapi tidak berkemampuan.
• Belum menemui jodoh dalam usia yang sedang meningkat.
• Belum mendapat zuriat walaupun sudah lama berumahtangga.
• Masalah seksual.
• Pertambahan tugas di tempat kerja atau di rumah.
• Konflik di tempat kerja.
• Perpisahan dengan anak-anak.
• Menghadapi tindakan undang-undang.
• Gagal dalam sesuatu ujian atau peperiksaan.

Setiap orang akan menghadapi pelbagai bentuk dan jenis masalah serta situasi yang berbeza-beza yang menyebabkan berlakunya stress. Walau bagiamanapun, sebagai seorang Muslim hendaklah percaya dan yakin bahawa setiap masalah yang dihadapi merupakan ujian daripada Allah SWT yang ingin menguji keimanan hamba-hambaNya sejauh mana ia menjadi seorang yang bertaqwa atau sebaliknya.

Allah SWT telah berfirman dalam Al Quran Surah Al-Ankabut ayat 2-3:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”

Simptom

Simptom bagi stress dibahagikan kepada 4 simptom iaitu: Simptom fizikal, simptom mental, simptom tingkah-laku dan simptom emosi.

• Simptom FIZIKAL
Terdapat beberapa simptom boleh berlaku pada fizikal seseorang iaitu perubahan corak tidur samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur, resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak tidur. Selain itu, keletihan, perubahan penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada bahagian-bahagian tubuh badan, senak perut, pening, pengsan, berpeluh dan menggeletar, rasa sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan berdebar-debar.

• Simptom MENTAL
Ketika berlakunya stress, fungsi mental seseorang akan sedikit terganggu iaitu kurangnya daya penumpuan atau pemfokusan, sukar mengingat, sukar membuat sesuatu keputusan, mudah keliru dan menjadi panik.

• Simptom TINGKAHLAKU
Perubahan juga boleh dilihat pada tingkahlaku dan sikap seseorang iaitu perubahan selera makan samada makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Selain itu, gangguan cara pemakanan samada mengalami anorexia atau bulimia, pengambilan ubat-ubatan, minuman keras, merokok, dadah dan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan norma masyarakat, kegelisahan, dan suka menggigit kuku.

• Simptom EMOSI
Dari aspek emosi, akan terlihat beberapa perkara iaitu berlakunya kemurungan, hilang sifat sabar, marah, kemerosotan penjagaan kebersihan dan penampilan diri...


Bagaimana  kita hendak menghilangkan stress ???????
Kami boleh membantu anda.. Rasailah ketenangan jiwa untuk diri anda bila anda menyertai kami. Terbuka kepada semua pelajar2 sekolah, guru2, kakitangan kerajaan/swasta dan semua yg berminat, boleh hubungi kami;
Perubatan Alternatif ASMMA Malaysia
No. 9-2, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4162 7024 @ 013-278 8675


Read More...