Semua orang yang berjuang mahukan kejayaan,
kejayaan yang ingin dinikmati dunia dan akhirat,
Semua orang mahu perjuangannya diterima Allah..
Tiada orang mahu perjuangan yang sia-sia.
Kenapa perjuangan kita seringkali gagal???
Adakah kita tidak layak menjadi pejuang.
Oh! Itu mungkin kifarah dari Allah..
Perjuangan kita masih jauh,
Ingatlah!
Wahai pejuang harapan bangsa dan agama,
Betulkanlah saf-saf barisan kita.
Ayuh!
Bangkitlah!
Tinggalkan segala sifat tercela,
Jangan tunggu Allah murka, nescaya celaka badan,
Marilah! Buang rasa hebat diri,
Jangan sangka kita lebih dari orang,
Bersihkan hati! Hulurkan tangan persaudaraan,
Ketepikan rasa tamak, iri hati, syak wasangka sesama sendiri,
Hormat! Kasih sayang sesama sendiri.
Pemimpin melaksana tanggungjawab yang diberi,
Pengikut sama-sama mendokong tanggungjawab,
Barulah perjuangan kita diberkati Allah...
Apakah yang anda gunakan dalam mengukur kejayaan atau kegagalan sesuatu perjuangan? Mungkin dari mata kasarnya nampak macam gagal, namun hakikatnya... semangat perjuangan itu akan terus membara dan dapat memberikan tarbiah kepada umat Islam. Sebagaimana contohnya dalam peristiwa peperangan Uhud dan kegagalan Rasulullah memasuki kota Makah bagi mengerjakan Haji hingga termetrainya perjanjian hudaibiyah. Ada kalanya Allah menangguhkan kejayaan bagi kita kerana ada hikmah yang kita tidak ketahui... wallahu a'lam
ReplyDeleteHanya pandangan mata kasar atau zahiriah sahaja..namun pandangan mata hati atau batiniah sentiasa bersemangat waja dalam perjuanganNYA menyampaikan risalah DUA KALIMAH SYAHADAH..InsyaAllah
ReplyDelete