Thursday, January 19, 2012
Pahlawan Agama Pejuang Bangsa
Ilmu seni beladiri Gayong Ma’arifat adalah dari warisan Datuk Laksamana Hang Tuah yang dikatakan kononnya bahawa Pahlawan Tersohor Melayu itu adalah sekadar mitos, hikayat atau dongengan sahaja, lebih-lebih lagi mereka yang bukan bangsa Melayu yang ingin cuba menghapuskan segala fakta sejarah Melayu kerana cemburu atau irihati dengan keagungan Kerajaan Kesultanan Melayu dan kegemilangan bangsa Melayu dahulu-kala.
Namun, perjuangan Gayong Ma’arifat adalah menyampaikan risalah Dua Kalimah Syahadah melalui lima perkara, iaitu:-
1. Kerohanian
2. Persilatan
3. Perubatan
4. Ekonomi
5. Kebudayaan
Kita sepatutnya merasa bangga kerana pernah mempunyai seorang Tokoh Persilatan yang terbilang di alam Nusantara Melayu ini, yang tiada tolok-bandingnya ketika itu, iaitu Datuk Laksamana Hang Tuah. Seorang insan yang mempunyai kecerdasan fizikal, emosi dan spiritual yang tinggi. Kebolehan beliau bertutur dalam 12 jenis bahasa, minat berniaga sejak dari kecil lagi dan bila dewasa menjadi Ketua Pertahanan Negara serta menjadi Laksamana atau Duta Sultan Melaka ke peringkat antarabangsa adalah bukti bahawa Tokoh ini adalah seorang manusia hebat di zamannya.
Melayu dulu gagah berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Cubalah hayati pantun melayu asli ini sambil menyelami makna dan falsafah yang tinggi yang disembunyikan didalam rangkap pantunnya:
"Lompat tinggi tinggi
Sampai ke cucur atap
Belum tumboh gigi
Sudah pandai baca kitab"
Oleh itu, ajarilah anak-anak kita ‘melompat tinggi-tinggi’ kerana ada rahsia Melayu yang tersembunyi disebalik perbuatan melompat itu saudaraku…( bertanyalah kepada mereka yang ahli dalam hal ini… )
Antara rahsia itu ialah seperti apa yang dilakukan secara spontan oleh Dato Laksamana Hang Tuah dalam langkah mempertahankan dirinya seperti dibawah :
“…Orang mengamok itu pun datanglah berlari-lari dengan keris terhunus menuju Hang Tuah… datanglah ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun melompat menyalahkan tikam orang itu, maka salah tikamnya itu. Maka Hang Tuah pun melompat, maka diparangnya (dibelah) kepala orang mengamok itu dengan kapak, kena, belah dua, maka lalu larilah. Maka orang mengamok itu pun rebah lah lalu mati.” ( Ms:29 ).
(sangtawal.blogspot.com)
Pahlawan agama pejuang bangsa!
Dimana engkau? Usah terlena
Bangun semua sekarang masanya
Bawa Islam ke seluruh dunia
Buka gerak, syahadah di dada
Musuh merancang menghancurkan kita
Mereka ketawa melihat bangsa
Terus terlena dibuai dunia
Sedang mereka menakluk dunia
Kitakan dihina terus merana
Pahlawan agama pejuang bangsa!
Sedikit terseksa perkara biasa
Dalam berjuang tidak pernah selesa
Mengajar kita mengenal siapa
Siapa DIA dan siapa kita?
Hamba yang lemah lagi hina
Bangun pahlawan bukalah mata!
Binalah strategi kita ke sana
Hancurkan mereka, mereka yang menghina
Meludah kita mempermainkan agama
Buktikan mereka siapa kita
Kitalah pahlawan pejuang agama..
Gayong Ma’arifat tari dibuka, Lembut tari membelai jiwa, Jangan disangka lembut semata, Islam dijunjung adat dijaga, Jangan dihina jangan dipersia, Akanku amuk seluruh dunia, Biar terkorban biar terhina, Agar Islam terus terbela..
Semoga Pejuang Melayu dan Islam kembali bermuafakat, bersatu hati dan rapatkan saf-saf perjuangan demi survival sebuah bangsa Melayu dan ummah Islam yang semakin terancam dari setiap sudut kehidupan ini...
(by: Shucre Ebrahim)
“Ya Allah, peliharalah aku dan keluargaku, Engkau kunci segala gerak sendi musuhku, Engkau tawarkan segala ilmu dan sihir musuhku.”
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak (benar) itu dengan yang bathil (salah), dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (QS2:42)
“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.” (QS2:75)
“Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNYA kepada siapa yang dikehendakiNYA diantara hamba-hambaNYA. Kerana itu, mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir seksaan yang menghinakan.” (QS2:90)
“Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas nyata, dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.” (QS2:99)
“Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong.” (QS2:107)
“Katakanlah: Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepadaNYA kami mengikhlaskan hati.” (QS2:139)
0 comments:
Post a Comment