"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui." ~YTM TKS Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Sunday, January 8, 2012

PERUBATAN ALTERNATIF PUTRA MALAYSIA

PENGENALAN

Perubatan Alternatif PUTRA Malaysia diasaskan oleh TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri setelah menjalankan kajian dan pengalamannya selama 7 tahun ke atas pesakit-pesakit beliau dari tahun 1997 hingga tahun 2003. Perubatan ini dinamakan “Perubatan Alternatif PUTRA”.

Berdasarkan kajian dan pengalaman beliau, terdapat beberapa kelemahan dalam teknologi dan kepakaran yang sedia ada dalam bidang perubatan konvesional. Kaedah konvensional hanya menyentuh aspek anatomi dan fisiologi manakala aspek spiritual tidak diambil kira.

Kajian menunjukkan setiap benda mengandungi dua unsur iaitu:-
1. Unsur jisim (Jasad)
2. Unsur Gelombang (Roh)

Kajian terhadap perubatan homeopati yang diasaskan oleh Samuel Hanhneman berasaskan teori Ibnu Sina yang menjelaskan bahawa tubuh manusia mempunyai ‘tubuh kasar’ dan ‘tubuh halus’. ‘Tubuh halus’ akan memberi kesan kepada ‘tubuh kasar’. Ini menunjukkan rawatan secara total perlu melihat kepada keseluruhan unsur sesuai dengan fitrah kejadiannya.

Pemulihan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap puncanya dan bukan sahaja terhadap symptom semata-mata. Ini kerana, rawatan terhadap symptom hanya bersifat sementara. Sebagai contoh, kegagalan merawat pankreas menyebabkan penghidap penyakit diabetis bergantung kepada ubat sehingga akhir hayat. Punca yang tidak dirawat akan menyebabkan penyakit menjadi lebih kronik dan mewujudkan pelbagai penyakit baru dalam jangka masa yang panjang.

Menurut kajian TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, penyakit yang mengganggu manusia adalah disebabkan oleh dua punca:-

1) Penyakit yang berpunca dari masalah hati
Penyakit ini disebabkan oleh tekanan perasaan yang melampau. Pesakit yang tidak dapat mengawal perasaan akibat dari kerunsingan hati menyebakan hormon dalam badan serta sistem tubuh badan mengalami kecelaruan serta boleh menyebabkan sistem tubuh menjadi lemah dan senang mendapat penyakit.

2) Penyakit yang datang dari perut
Penyakit ini disebabkan oleh kegagalan cara mengawal pemakanan yang boleh menyebabkan keracunan dalam sistem tubuh dan mendatangkan pelbagai penyakit. Contohnya, kencing manis, darah tinggi, demam panas, lemah jantung, batu karang, kolestrol tinggi dan lain lagi.

Oleh itu, kaedah Perubatan Alternatif PUTRA adalah satu-satunya kaedah yang diakui terbaik dalam mengawal, mencegah serta merawat penyakit dalam tubuh manusia.


KAEDAH RAWATAN

Perubatan Alternatif PUTRA terbahagi kepada dua kaedah rawatan dan menggunakan dua tenaga dalam proses merawat pesakit, iaitu:-

1) Tenaga Rohaniah
Menggunakan Tenaga Rohaniah bagi membangkitkan tenaga-tenaga penyembuh, pemulih, penawar dan pemusnah yang berada dalam tubuh Pengamal Perubatan serta dalam diri pesakit.

2) Tenaga Alam
Menggunakan Tenaga Alam membawa maksud mana-mana Pengamal Perubatan Alternatif PUTRA boleh menggunakan ubat-ubatan yang bersih lagi halal serta berasal dari alam semulajadi untuk diberikan kepada pesakit.


KESAN/ FAEDAH PERUBATAN


 Mengembalikan kestabilan tubuh kepada normal serta mampu menolak tenaga negatif di dalam tubuh.
 Merangsang otak dan kelenjar supaya berada dalam keadaan tenang secara semulajadi.
 Merangsang sistem saraf, organ, sel dan hormon berfungsi dengan lebih stabil serta mengelak kecelaruan aktiviti sistem tubuh.
 Merangsang sistem imuniti tubuh bagi mengelak jangkitan atau penyakit serta menghalang keracunan di dalam tubuh secara semualajadi.
 Merangsang sistem aura iaitu pertahanan tubuh dalam bentuk spiritual yang mampu memberi kecergasan, kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.
 Mampu menghalang unsur-unsur negatif daripada menceroboh tubuh zahir dan batin.


MODUL PELAJARAN
PERUBATAN ALTERNATIF PUTRA MALAYSIA


A) Pengenalan Perubatan Alternatif PUTRA

B) Anatomi (mengenali struktur tubuh manusia)

C) Fisiologi (mengenali penyakit tubuh manusia)

D) Latihan PUTRA (pemeriksaan pesakit)

E) Mengesan penyakit melalui kaedah:
i. Gelombang Otak
ii. Scan/Imbasan
iii. AK (Apply Kinesiology)

F) Kaedah Rawatan:
i. Laser Akhbar (1)
 Mencabut
 Pemusnah
 Penyembuhan
 Pemulihan
 Penawar

ii. Laser Akhbar (2)
 Pembersihan diri
 Menyusun Tenaga & Aura
 Penyembuhan diri

G) Tafakur @ Meditasi
i. Seni Tafakur Melayu
ii. Ketenangan diri
iii. Mempertingkatkan kebolehan diri

H) Mengenal Perubatan Tradisional Melayu
i. Mandi limau
ii. Mandi bunga
iii. Alin telur
iv. Mengubat santau
v. Pagar rumah & lain-lain

I) Urutan Melayu

0 comments:

Post a Comment