"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui." ~YTM TKS Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Friday, January 20, 2012

Sejarah Hang Tuah Adalah Benar !!!

Assalamu’alaikum dan salam 1Malaysia kepada semua tuan hamba dan mereka yang sentiasa irihati dengan kecemerlangan seorang Pahlawan Melayu yang menjadi sejarah negara pada kurun ke 13-14 Masihi, dimana Pahlawan Melayu bersama Bendahara Tun Perak yang tersohor di Negeri Melaka ketika itu berjaya mengembangkan pengaruh bersama lima bersaudara dengan membawa nama Melaka ke seluruh nusantara Melayu, Siak, Pasai, Perlak, Rokan Inderagiri, seluruh pesisir Sumatera dan sebahagian Tanah Melayu jatuh ke tangan Melaka.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh tak dikata.

Kalau iapun penglipur lara, tiadalah makam Tun Teja di Melaka. Banyak bukti sejarah telah pun hilang kerana kecurangan kuasa penjajah yang bersekongkol dengan petualang bangsa yang tak senang dengan keagungan Kerajaan Kesultanan Melayu.

Tuan hamba orang Melayu, malangnya integriti dan jatidiri tuan hamba telah hilang ditelan oleh kajian dan satu pernyataan dari seorang anak Cina yang tak sejauh mana tahunya tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi itulah Melayu sekarang yang sentiasa merasa dirinya hina, bodoh, tongol, tolol atau seumpamanya. Apa yang dikata orang, semuanya diiyakan.

Malang sungguh nasib orang Melayu zaman sekarang kerana ramai pemuda-pemudi berjiwa lemah, mudah diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Tak kira Melayu universiti, Melayu lebai pondok, Melayu sekolah batu atau Melayu sekolah atap, semuanya lemah hati dan jiwa. Patutlah dikata orang betul belaka. Sehingga sanggup diperbodohkan diri ibarat nyamuk seekor, kelambu dibakar, ibarat luncai terjun dengan labu-labunya.

Maafkan hamba kerana berbahasa begini, kerana hamba berketurunan Melayu lama, dimana dididik oleh waris Datuk Laksamana Hang Tuah. Kalaulah ia tidak wujud, tiadalah ilmunya diguna pakai, tiadalah rentak dan gaya hidupnya diamalkan dalam diri, tiadalah semangatnya di dalam jiwa. Hidup Melayu! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia..

Kalau tuan hamba berhajat, datanglah ke teratak hamba, dapat kita bermadah seloka dan bermain ilmu Hang Tuah.

Aah Melayu..! Dimana kau sekarang..? Marilah bersama dengan hamba waris Melayu lama menjaga dan membela Tanah melayu, jangan dilacur oleh bangsa lain.
Hinanya Melayu, diri dilacur, tak terkata..Melayu..Melayu…

~Nukilan: Waris Beradat Panji Alam

http://www.youtube.com/watch?v=W9Uf1QrFpk8

0 comments:

Post a Comment