"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak faedah akan anda ketahui." ~YTM TKS Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Saturday, December 29, 2012

MAJLIS ULANGTAHUN PERTABALAN KALI KE-5


DAULAT TUANKU

YANG TERAMAT MULIA YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM
TUANKU SYEIKH DATUK PADUKA DR. AZAM ZULKIFLI AL-QADIRI
(PEMEGANG AMANAH DAULAT RAJA-RAJA MELAYU)

MAJLIS DIRAJA
KERABAT BERGELAR & WARIS BERADAT
KESULTANAN MELAYU PANJI ALAM NUSANTARA MELAYU [SB]






Read More...

SELENDANG HIKMAH UNTUK DIMAHARKAN

KDYTM YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM
Tuanku Syeikh Datuk Seri Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri
Kerabat Bergelar & Waris Beradat Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu [SUMATERA BARAT]

JIKA ANDA MISKIN IKHTIARKANLAH SUPAYA JADI KAYA .. KALAU X KAYA PUN SENANG ..JIKA KAMU SAKIT .. IKHTIARKANLAH SUPAYA JADI SIHAT .. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK ZALIM TERHADAP HAMBA-HAMBANYA .. TETAPI HAMBA-HAMBANYALAH YANG MENZALIMI DIRI MEREKA KERANA MALAS BERIKHTIAR!
Kini, kami mengalu-alukan kepada seluruh warga Nusantara terutamanya di Malaysia dan khususnya kepada mereka yang terlibat dalam bidang keselamatan tentera, polis, orang-orang persendirian atau pertubuhan untuk memaharkan Selendang-Selendang Hikmat seperti tertera dibawah. Selendang-Selendang Hikmat ini telah pun diuji keberkesanannya! Pemilik-pemiliknya akan memiliki semua kelebihan/kesaktian seperti yang tercatat dibawah tanpa sebarang pantang larang atau amalan ritual yang memberatkan sama sekali. Selendang-Selendang Hikmat dibawah telah dipakai oleh kalangan ahli perniagaan terkemuka, tokoh-tokoh korporat dan pemimpin negara bagi tujuan tertentu. Selendang ini telah diisi oleh pakar-pakar dalam bidang Ilmu Kerohanian Islam dengan fadhilat ayat-ayat suci Al-Quran yang memiliki kekuatan luarbiasa dengan izin Allah SWT. Seperti firman Allah SWT berikut:
Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud:”Dan Kami turunkan dari Al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ ayat: 82


PILIHAN SELENDANG HIKMAH YANG DIMAHARKAN:
A) Selendang Mahkota Alam

B) Selendang Naga Sakti
C) Selendang Citra Buana Bima Sakti 
D) Selendang Citra Bayu Bima Sakti 
E) Selendang Indera Segara 

A) SELENDANG MAHKOTA ALAM
STATUS : AHLI KERABAT BERGELAR
                  DEWAN PERGURUAN & ADAT ISTIADAT PSSGMM
KELUASAN TENAGA : 9,000 METER PERSEGI

KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :
1. Melindungi diri dan keluarga.
2. Mampu bersilat sendiri.
3. Tubuh tidak dapat dilukai oleh senjata tajam, logam dan tumbuhan.
4. Dilindungi dari unsur Sihir, Gayong, Santau serta Tuju.
5. Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
6. Penunduk.
7. Pelaris.
8. Pengasih sekampung.
9. Memukau musuh tidak dapat melihat dan rasa gementar.
10. Terlindung ( bias ) dari tembakan peluru.
11. Terkunci segala Sendi musuh.
12. Terkunci dan tidak terkeluar peluru dari senjata musuh.
13. Menjadikan sendi dan saraf musuh lemah dan longlai.
14. Membuat manusia yang berpangkat dan berdarjat tunduk dan patuh.
15. Mampu menyerang musuh yang berniat untuk mengganggu ( 9 serangan ).


B) SELENDANG NAGA SAKTI
STATUS : AHLI KERABAT BERGELAR
                   DEWAN PERGURUAN & ADAT ISTIADAT PSSGMM
KELUASAN TENAGA : 7,000 METER PERSEGI

KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :
1. Melindungi diri dan keluarga.
2. Mampu bersilat sendiri.
3. Tubuh tidak dapat dilukai oleh senjata tajam, logam dan tumbuhan.
4. Dilindungi dari unsur Sihir, Gayong, Santau serta Tuju.
5. Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
6. Penunduk.
7. Pelaris.
8. Pengasih sekampung.
9. Memukau musuh tidak dapat melihat dan rasa gementar.
10. Terlindung ( bias ) dari tembakan peluru.
11. Terkunci segala Sendi musuh.
12. Terkunci dan tidak terkeluar peluru dari senjata musuh.
13. Menjadikan sendi dan saraf musuh lemah dan longlai.
14. Membuat manusia yang berpangkat dan berdarjat tunduk dan patuh.

15. Mampu menyerang musuh yang berniat untuk mengganggu ( 7 serangan ).

C) SELENDANG CITRA BUANA BIMA SAKTI
STATUS : AHLI KERABAT BERGELAR
                  DEWAN PERGURUAN & ADAT ISTIADAT PSSGMM
KELUASAN TENAGA : 5000 METER PERSEGI
KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :
1. Melindungi diri dan keluarga.
2. Mampu bersilat sendiri.
3. Tubuh tidak dapat di lukai oleh senjata tajam, logam dan tumbuhan.
4. Di lindungi dari unsur Sihir, Gayong, Santau serta Tuju.
5. Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
6. Penunduk.
7. Pelaris.
8. Pengasih sekampung.
9. Memukau musuh tidak dapat melihat dan rasa gementar.
10. Terlindung ( bias ) dari tembakan peluru.
11. Terkunci segala Sendi musuh.
12. Terkunci dan tidak terkeluar peluru dari senjata musuh.
13. Menjadikan sendi dan saraf musuh lemah dan longlai.
14. Membuat manusia yang berpangkat dan berdarjat tunduk dan patuh.
15. Mampu menyerang musuh yang berniat untuk mengganggu ( 5 serangan ).


D) SELENDANG CITRA BAYU BIMA SAKTI
STATUS : AHLI KERABAT
                  DEWAN PERGURUAN & ADAT ISTIADAT PSSGMM
KELUASAN TENAGA : 700 METER PERSEGI

KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :
1. Melindungi diri dan keluarga.
2. Mampu bersilat sendiri.
3. Tubuh tidak dapat di lukai oleh senjata tajam, logam dan tumbuhan.
4. Dilindungi dari unsur Sihir, Gayong, Santau serta Tuju.
5. Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
6. Penunduk.
7. Pelaris.
8. Pengasih sekampung.
9. Memukau musuh tidak dapat melihat dan rasa gementar.
10. Mampu menyerang musuh yang berniat untuk mengganggu ( 1 serangan ).


D) SELENDANG INDERA SEGARA
STATUS : AHLI KEHORMAT
                  DEWAN PERGURUAN & ADAT ISTIADAT PSSGMM
KELUASAN TENAGA : 70 METER PERSEGI
KELEBIHAN TENAGA SELENDANG :
1. Melindungi diri.
2. Mampu bersilat sendiri.
3. Tubuh tidak dapat di lukai oleh senjata tajam.
4. Di lindungi dari unsur Sihir.
5. Merawat diri dan keluarga dari segala penyakit ‘spiritual’ samada ringan dan berat.
6. Penunduk.
7. Pelaris.
8. Memukau musuh tidak dapat melihat.

SELENDANG TERHAD HANYA KEPADA YANG BERMINAT DAN LAYAK SAHAJA!
Read More...

Saturday, November 10, 2012

AIR MINUMAN TENAGA JANNAH

(PENAWAR SEGALA JENIS PENYAKIT ZAHIR DAN BATIN)
PENGENALAN
1) Air Gelombang Tenaga JANNAH dikeluarkan oleh Syarikat GMSUE Resources Network Sdn. Bhd.(815676-K) yang merupakan syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan barangan Produk Kesihatan Alternatif GMSUE (General Medical Spiritual & Universal Energy).
2) Air Gelombang Tenaga JANNAH diproses melalui Proses Pengionan menghasilkan air beralkali yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi dan mampu meneutralkan asid di dalam tubuh badan. Air ini mempunyai khasiat anti-toksin dan pembersih darah secara semulajadi.
3) Air Gelombang Tenaga JANNAH telah diformulakan oleh TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, M.D.Phd.(M.A.GMSUE), dengan gabungan 20 Gelombang Tenaga Hayat (LIFE FORCE ENERGY), Syifa’ dan doa-doa yang mustajab yang sangat baik untuk membantu merangsang/memperkuatkan seluruh sistem tubuh, rohani dan jasmani. Air ini boleh dijadikan sebagai alat terapi untuk masalah gangguan sihir, jin, serta penyakit misteri dan lain-lain.
4) Sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hingga dewasa, tiada pantang-larang, boleh dijadikan sebagai air selusuh untuk ibu-ibu yang akan melahirkan anak serta penawar segala penyakit zahir dan batin.
KANGUNGAN AIR
> Air beralkali:- Air beralkali adalah air yang mempunyai kandungan oksigen yang tinggi yang mampu meneutralkan asid dalam tubuh badan. Sisa buangan berasid/toksin akan dibuang secara semulajadi melalui sistem perkumuhan dan pencernaan.
> Klorofil Mulberi:- Klorofil Mulberi berkeupayaan untuk meningkatkan pengambilan oksigen, meningkatkan sel darah merah serta dapat menyejukkan tubuh badan.
> Pengisian 20 Gelombang Tenaga Hayat (Life Force Energy):- Dalam badan kita memerlukan beberapa unsur gelombang tenaga bagi menguatkan kembali semua sistem yang terdapat dalam badan. Gelombang tenaga yang dimaksudkan ada terdapat dalam cahaya matahari, angin, tanah dan tumbuh-tumbuhan (bumi). Oleh itu, Gelombang Tenaga Hayat mampu merangsang/memperkuatkan seluruh sistem di dalam tubuh secara semulajadi.
> Doa/Ayat Syifa’:- Dimasukkan/diisikan dengan fadhilat kekuatan ayat-ayat syifa’ dan doa-doa yang mustajab. Dapat memulihkan masalah rohani & jasmani, tekanan perasaan, lemah semangat, panas-baran serta mampu memperseimbangkan emosi terganggu atau tidak stabil.
KHASIAT/KELEBIHAN AIR GELOMBANG TENAGA JANNAH
Penyembuhan Penyakit Fizikal; - Diabetes - Tekanan Darah Tinggi - Migrain - Darah Beku - Kanser peringkat 1, 2 & 3 - Tumor (peringkat awal) - Detoksifikasi - Denggi / Malaria dan lain-lain.
Penyembuhan Penyakit Rohani & Psikologi; - Menghilangkan Tenaga Negatif - Meningkatkan Aura - Meringankan Tekanan - Merangsang mood - Meningkatkan sensitiviti Rohani dan lain-lain.
INSYAALLAH TA'ALA
Keterangan lanjut, sila hubungi Tuan Malek 013-2788675
PUTRA ALTERNATIVE MEDICARE CENTRE NO. 7-1, JALAN MELATI UTAMA 4, MELATI UTAMA, 53100 SETAPAK, KUALA LUMPUR.
KOPERASI GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA BERHAD NO. 9-2,JALAN MELATI UTAMA 4, MELATI UTAMA, 53100 SETAPAK, KUALA LUMPUR.
IBU PEJABAT URUSAN RASMI PSSGMM NO. 11-2, JALAN MELATI UTAMA 4, MELATI UTAMA, 53100 SETAPAK, KUALA LUMPUR. TEL: 03-28585813
Read More...

Thursday, August 16, 2012

KENAPA PERJUANGAN KITA GAGAL

Semua orang yang berjuang mahukan kejayaan, kejayaan yang ingin dinikmati dunia dan akhirat, 
Semua orang mahu perjuangannya diterima Allah.. Tiada orang mahu perjuangan yang sia-sia.
 Kenapa perjuangan kita seringkali gagal??? 
Adakah kita tidak layak menjadi pejuang.
 Oh! Itu mungkin kifarah dari Allah.. 
Perjuangan kita masih jauh, Ingatlah! 
Wahai pejuang harapan bangsa dan agama, 
Betulkanlah saf-saf barisan kita. Ayuh!
 Bangkitlah! 
Tinggalkan segala sifat tercela, Jangan tunggu Allah murka, nescaya celaka badan, 
 Marilah! Buang rasa hebat diri, Jangan sangka kita lebih dari orang,
 Bersihkan hati! Hulurkan tangan persaudaraan, 
Ketepikan rasa tamak, iri hati, syak wasangka sesama sendiri, 
Hormat! Kasih sayang sesama sendiri. 
Pemimpin melaksana tanggungjawab yang diberi,
 Pengikut sama-sama mendokong tanggungjawab,
 Barulah perjuangan kita diberkati Allah...
Read More...

Thursday, May 31, 2012

MARTABAT 2012

Read More...

Sunday, January 22, 2012

Sumpah Keramat YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam

FITNAH & NISTA SENTIASA MENIMPA HANG TUAH DARI ZAMAN DAHULU HINGGA ZAMAN SEKARANG

Apalah malang nasib Datuk Laksamana Hang Tuah, sentiasa difitnah dan dinafikan kewujudannya.

Di zaman dahulu, Patih Karma Wijaya beserta kuncu-kuncunya menabur fitnah keatas Hang Tuah. Zaman ini, anak Cina dan ‘Melayu murtad’ pula membuat onar ..
Kenapalah, dengki dan khianat mereka terhadap Hang Tuah..

Apalah dosa Hang Tuah kepada mereka .. sentiasa diintai segala kelemahan diri untuk dijaja sebagai berita sensasi.

Hang Tuah, suatu nama terbilang .. mengangkat maruah Melayu di mata dunia. Tapi, bagi ‘Melayu murtad’ jasa Hang Tuah tidak dinilai. Itulah Melayu yang tiada jati diri, apa yang dikata orang tentang Melayu betul belaka, tiada usul periksa, diiya belaka.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tidak dikata ..

Kewujudan Hang Tuah tidak perlu dipertikai kerana jasanya pada Kerajaan Melayu Melaka, berada dalam lipatan sejarah.

Hang Tuah telah mengangkat nama Melayu, ke merata dunia. Dari China ke benua India, di seluruh Nusantara Melayu namanya masyhur. Beliau adalah anak jati Melayu Bentan, datang menghamba diri kepada Raja Melaka. Dipertemu oleh Bendahara tersohor Tun Perak namanya.

Tiada kubur Tun Teja di Melaka .. jika tiada Laksamana Hang Tuah.
Tiada kubur Megat Panji Alam .. jika tidak mempertahankan maruah.

Banyak sejarah, di muzium penjajah, kenapa tak digali ? kenapa tak dicari ?
Tanya Vasco Da Gama, tanya Alfonso de Albuquerque, tanya Diogo Lopes de Sequeira, tanya bangsa penjajah ..

Mereka tahu sejarah lima bersaudara .. betapa sukar untuk menjajah Melaka, tetapi lantaran tiadanya Tuah dan Jebat .. luntur segala kuasa pada lima bersaudara kerana yang tinggal hanyalah tiga bersaudara.

Tiada Tuah .. Tiada Jebat .. Tiada Kasturi .. Tiada Lekir dan tiada Lekiu .. apalah ada pada Melaka. Disegani ia kerana Bendahara tersohor Tun Perak namanya, disokong oleh lima bersaudara.
Gah Melaka diserata dunia, disegani kawan dan disegani lawan.

Heii Anak Melayu !
Jangan biarkan negara Melayu tergadai kerana lemahnya Melayu. Berpecah, terjajah akibat maruah Melayu dijual oleh golongan 'Melayu murtad’ sebagai petualang bangsa. Jangan ulangi sejarah lama, kerana dendam, kerana kuasa, kerana perempuan, kerana harta Melayu tumbang ditangan penjajah.
Kenapa bodohnya Melayu ??
Sejarah tak diambil iktibar ... Melayu murtad, Melayu lemah, mudah terbuai dalam mimpi. Leka mereka dalam ulit dan seloka oleh musuh negara.

Kenapa Melayu murtad mudah bersekongkol dengan bangsa lain dalam menjatuhkan bangsa sendiri sedangkan tanah yang dipijak Tanah Melayu dan bangsa yang dikhianati Bangsa Melayu !
Jika kita jatuh .. jika kita hilang Tanah Melayu .. dimana cucu-cicit kita akan menumpang teduh ??
Sanggupkah Melayu murtad melihat anak cucu mereka merempat dan duduk dalam keadaan hina ??
Tanah Melayu ini adalah hak kita !
Jika hilang dimanakah hendak kita menumpang teduh ??
Orang lain masih punya Tanah Besar di timur dan di barat .. Jika terjadi apa - apa pada Tanah Melayu mereka boleh lari membawa harta ke negeri lain tapi kita ??
Kemana hendak lari ?

Tolonglah sedar wahai ‘Melayu murtad’, jika kamu tidak sayang pada Tanah Melayu, hidup suka menjadi parasit dan pemusnah bangsa sendiri ..
Nyahlah kamu daripada bumi bertuah ini !
Hina sungguh kau bangsa ‘Melayu murtad’, tunggulah nanti jika Tanah Melayu ini cuba digadai .. binasalah engkau dengan amukan pewaris ilmu Laksamana Hang Tuah !

Kami waris dan cucu cicit Datuk Laksamana Hang Tuah tidak akan berdiam diri !
Kami akan cari kamu ‘Melayu murtad’ sehingga ke lubang cacing !
Kami akan binasakan kamu dan keturunan kamu !
Nyah, kamu daripada Tanah Melayu !

Takkan Melayu hilang di dunia... pedih, perit, pilu, sedih. Dengarlah wahai ‘Melayu Murtad’ jeritan kami, waris Datuk Laksamana Hang Tuah.

TUNGGULAH AMUKAN KAMI !!!

~Waris Beradat Panji Alam
Read More...

Friday, January 20, 2012

Sejarah Hang Tuah Adalah Benar !!!

Assalamu’alaikum dan salam 1Malaysia kepada semua tuan hamba dan mereka yang sentiasa irihati dengan kecemerlangan seorang Pahlawan Melayu yang menjadi sejarah negara pada kurun ke 13-14 Masihi, dimana Pahlawan Melayu bersama Bendahara Tun Perak yang tersohor di Negeri Melaka ketika itu berjaya mengembangkan pengaruh bersama lima bersaudara dengan membawa nama Melaka ke seluruh nusantara Melayu, Siak, Pasai, Perlak, Rokan Inderagiri, seluruh pesisir Sumatera dan sebahagian Tanah Melayu jatuh ke tangan Melaka.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh tak dikata.

Kalau iapun penglipur lara, tiadalah makam Tun Teja di Melaka. Banyak bukti sejarah telah pun hilang kerana kecurangan kuasa penjajah yang bersekongkol dengan petualang bangsa yang tak senang dengan keagungan Kerajaan Kesultanan Melayu.

Tuan hamba orang Melayu, malangnya integriti dan jatidiri tuan hamba telah hilang ditelan oleh kajian dan satu pernyataan dari seorang anak Cina yang tak sejauh mana tahunya tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi itulah Melayu sekarang yang sentiasa merasa dirinya hina, bodoh, tongol, tolol atau seumpamanya. Apa yang dikata orang, semuanya diiyakan.

Malang sungguh nasib orang Melayu zaman sekarang kerana ramai pemuda-pemudi berjiwa lemah, mudah diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Tak kira Melayu universiti, Melayu lebai pondok, Melayu sekolah batu atau Melayu sekolah atap, semuanya lemah hati dan jiwa. Patutlah dikata orang betul belaka. Sehingga sanggup diperbodohkan diri ibarat nyamuk seekor, kelambu dibakar, ibarat luncai terjun dengan labu-labunya.

Maafkan hamba kerana berbahasa begini, kerana hamba berketurunan Melayu lama, dimana dididik oleh waris Datuk Laksamana Hang Tuah. Kalaulah ia tidak wujud, tiadalah ilmunya diguna pakai, tiadalah rentak dan gaya hidupnya diamalkan dalam diri, tiadalah semangatnya di dalam jiwa. Hidup Melayu! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia..

Kalau tuan hamba berhajat, datanglah ke teratak hamba, dapat kita bermadah seloka dan bermain ilmu Hang Tuah.

Aah Melayu..! Dimana kau sekarang..? Marilah bersama dengan hamba waris Melayu lama menjaga dan membela Tanah melayu, jangan dilacur oleh bangsa lain.
Hinanya Melayu, diri dilacur, tak terkata..Melayu..Melayu…

~Nukilan: Waris Beradat Panji Alam

http://www.youtube.com/watch?v=W9Uf1QrFpk8
Read More...

Thursday, January 19, 2012

Pahlawan Agama Pejuang Bangsa




Ilmu seni beladiri Gayong Ma’arifat adalah dari warisan Datuk Laksamana Hang Tuah yang dikatakan kononnya bahawa Pahlawan Tersohor Melayu itu adalah sekadar mitos, hikayat atau dongengan sahaja, lebih-lebih lagi mereka yang bukan bangsa Melayu yang ingin cuba menghapuskan segala fakta sejarah Melayu kerana cemburu atau irihati dengan keagungan Kerajaan Kesultanan Melayu dan kegemilangan bangsa Melayu dahulu-kala.





Namun, perjuangan Gayong Ma’arifat adalah menyampaikan risalah Dua Kalimah Syahadah melalui lima perkara, iaitu:-

1. Kerohanian
2. Persilatan
3. Perubatan
4. Ekonomi
5. Kebudayaan










Kita sepatutnya merasa bangga kerana pernah mempunyai seorang Tokoh Persilatan yang terbilang di alam Nusantara Melayu ini, yang tiada tolok-bandingnya ketika itu, iaitu Datuk Laksamana Hang Tuah. Seorang insan yang mempunyai kecerdasan fizikal, emosi dan spiritual yang tinggi. Kebolehan beliau bertutur dalam 12 jenis bahasa, minat berniaga sejak dari kecil lagi dan bila dewasa menjadi Ketua Pertahanan Negara serta menjadi Laksamana atau Duta Sultan Melaka ke peringkat antarabangsa adalah bukti bahawa Tokoh ini adalah seorang manusia hebat di zamannya.

Melayu dulu gagah berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Cubalah hayati pantun melayu asli ini sambil menyelami makna dan falsafah yang tinggi yang disembunyikan didalam rangkap pantunnya:


"Lompat tinggi tinggi
Sampai ke cucur atap
Belum tumboh gigi
Sudah pandai baca kitab"


Oleh itu, ajarilah anak-anak kita ‘melompat tinggi-tinggi’ kerana ada rahsia Melayu yang tersembunyi disebalik perbuatan melompat itu saudaraku…( bertanyalah kepada mereka yang ahli dalam hal ini… )

Antara rahsia itu ialah seperti apa yang dilakukan secara spontan oleh Dato Laksamana Hang Tuah dalam langkah mempertahankan dirinya seperti dibawah :

“…Orang mengamok itu pun datanglah berlari-lari dengan keris terhunus menuju Hang Tuah… datanglah ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun melompat menyalahkan tikam orang itu, maka salah tikamnya itu. Maka Hang Tuah pun melompat, maka diparangnya (dibelah) kepala orang mengamok itu dengan kapak, kena, belah dua, maka lalu larilah. Maka orang mengamok itu pun rebah lah lalu mati.” ( Ms:29 ).
(sangtawal.blogspot.com)



Pahlawan agama pejuang bangsa!
Dimana engkau? Usah terlena
Bangun semua sekarang masanya
Bawa Islam ke seluruh dunia
Buka gerak, syahadah di dada
Musuh merancang menghancurkan kita
Mereka ketawa melihat bangsa
Terus terlena dibuai dunia
Sedang mereka menakluk dunia
Kitakan dihina terus merana

Pahlawan agama pejuang bangsa!
Sedikit terseksa perkara biasa
Dalam berjuang tidak pernah selesa
Mengajar kita mengenal siapa
Siapa DIA dan siapa kita?
Hamba yang lemah lagi hina
Bangun pahlawan bukalah mata!
Binalah strategi kita ke sana
Hancurkan mereka, mereka yang menghina
Meludah kita mempermainkan agama
Buktikan mereka siapa kita
Kitalah pahlawan pejuang agama..

Gayong Ma’arifat tari dibuka, Lembut tari membelai jiwa, Jangan disangka lembut semata, Islam dijunjung adat dijaga, Jangan dihina jangan dipersia, Akanku amuk seluruh dunia, Biar terkorban biar terhina, Agar Islam terus terbela..
Semoga Pejuang Melayu dan Islam kembali bermuafakat, bersatu hati dan rapatkan saf-saf perjuangan demi survival sebuah bangsa Melayu dan ummah Islam yang semakin terancam dari setiap sudut kehidupan ini...
(by: Shucre Ebrahim)


“Ya Allah, peliharalah aku dan keluargaku, Engkau kunci segala gerak sendi musuhku, Engkau tawarkan segala ilmu dan sihir musuhku.”


“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak (benar) itu dengan yang bathil (salah), dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (QS2:42)

“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.” (QS2:75)

“Alangkah buruknya (perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNYA kepada siapa yang dikehendakiNYA diantara hamba-hambaNYA. Kerana itu, mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir seksaan yang menghinakan.” (QS2:90)

“Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas nyata, dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.” (QS2:99)

“Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong.” (QS2:107)

“Katakanlah: Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepadaNYA kami mengikhlaskan hati.” (QS2:139)

Read More...

Sunday, January 8, 2012

PERUBATAN ALTERNATIF PUTRA MALAYSIA

PENGENALAN

Perubatan Alternatif PUTRA Malaysia diasaskan oleh TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri setelah menjalankan kajian dan pengalamannya selama 7 tahun ke atas pesakit-pesakit beliau dari tahun 1997 hingga tahun 2003. Perubatan ini dinamakan “Perubatan Alternatif PUTRA”.

Berdasarkan kajian dan pengalaman beliau, terdapat beberapa kelemahan dalam teknologi dan kepakaran yang sedia ada dalam bidang perubatan konvesional. Kaedah konvensional hanya menyentuh aspek anatomi dan fisiologi manakala aspek spiritual tidak diambil kira.

Kajian menunjukkan setiap benda mengandungi dua unsur iaitu:-
1. Unsur jisim (Jasad)
2. Unsur Gelombang (Roh)

Kajian terhadap perubatan homeopati yang diasaskan oleh Samuel Hanhneman berasaskan teori Ibnu Sina yang menjelaskan bahawa tubuh manusia mempunyai ‘tubuh kasar’ dan ‘tubuh halus’. ‘Tubuh halus’ akan memberi kesan kepada ‘tubuh kasar’. Ini menunjukkan rawatan secara total perlu melihat kepada keseluruhan unsur sesuai dengan fitrah kejadiannya.

Pemulihan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap puncanya dan bukan sahaja terhadap symptom semata-mata. Ini kerana, rawatan terhadap symptom hanya bersifat sementara. Sebagai contoh, kegagalan merawat pankreas menyebabkan penghidap penyakit diabetis bergantung kepada ubat sehingga akhir hayat. Punca yang tidak dirawat akan menyebabkan penyakit menjadi lebih kronik dan mewujudkan pelbagai penyakit baru dalam jangka masa yang panjang.

Menurut kajian TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, penyakit yang mengganggu manusia adalah disebabkan oleh dua punca:-

1) Penyakit yang berpunca dari masalah hati
Penyakit ini disebabkan oleh tekanan perasaan yang melampau. Pesakit yang tidak dapat mengawal perasaan akibat dari kerunsingan hati menyebakan hormon dalam badan serta sistem tubuh badan mengalami kecelaruan serta boleh menyebabkan sistem tubuh menjadi lemah dan senang mendapat penyakit.

2) Penyakit yang datang dari perut
Penyakit ini disebabkan oleh kegagalan cara mengawal pemakanan yang boleh menyebabkan keracunan dalam sistem tubuh dan mendatangkan pelbagai penyakit. Contohnya, kencing manis, darah tinggi, demam panas, lemah jantung, batu karang, kolestrol tinggi dan lain lagi.

Oleh itu, kaedah Perubatan Alternatif PUTRA adalah satu-satunya kaedah yang diakui terbaik dalam mengawal, mencegah serta merawat penyakit dalam tubuh manusia.


KAEDAH RAWATAN

Perubatan Alternatif PUTRA terbahagi kepada dua kaedah rawatan dan menggunakan dua tenaga dalam proses merawat pesakit, iaitu:-

1) Tenaga Rohaniah
Menggunakan Tenaga Rohaniah bagi membangkitkan tenaga-tenaga penyembuh, pemulih, penawar dan pemusnah yang berada dalam tubuh Pengamal Perubatan serta dalam diri pesakit.

2) Tenaga Alam
Menggunakan Tenaga Alam membawa maksud mana-mana Pengamal Perubatan Alternatif PUTRA boleh menggunakan ubat-ubatan yang bersih lagi halal serta berasal dari alam semulajadi untuk diberikan kepada pesakit.


KESAN/ FAEDAH PERUBATAN


 Mengembalikan kestabilan tubuh kepada normal serta mampu menolak tenaga negatif di dalam tubuh.
 Merangsang otak dan kelenjar supaya berada dalam keadaan tenang secara semulajadi.
 Merangsang sistem saraf, organ, sel dan hormon berfungsi dengan lebih stabil serta mengelak kecelaruan aktiviti sistem tubuh.
 Merangsang sistem imuniti tubuh bagi mengelak jangkitan atau penyakit serta menghalang keracunan di dalam tubuh secara semualajadi.
 Merangsang sistem aura iaitu pertahanan tubuh dalam bentuk spiritual yang mampu memberi kecergasan, kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.
 Mampu menghalang unsur-unsur negatif daripada menceroboh tubuh zahir dan batin.


MODUL PELAJARAN
PERUBATAN ALTERNATIF PUTRA MALAYSIA


A) Pengenalan Perubatan Alternatif PUTRA

B) Anatomi (mengenali struktur tubuh manusia)

C) Fisiologi (mengenali penyakit tubuh manusia)

D) Latihan PUTRA (pemeriksaan pesakit)

E) Mengesan penyakit melalui kaedah:
i. Gelombang Otak
ii. Scan/Imbasan
iii. AK (Apply Kinesiology)

F) Kaedah Rawatan:
i. Laser Akhbar (1)
 Mencabut
 Pemusnah
 Penyembuhan
 Pemulihan
 Penawar

ii. Laser Akhbar (2)
 Pembersihan diri
 Menyusun Tenaga & Aura
 Penyembuhan diri

G) Tafakur @ Meditasi
i. Seni Tafakur Melayu
ii. Ketenangan diri
iii. Mempertingkatkan kebolehan diri

H) Mengenal Perubatan Tradisional Melayu
i. Mandi limau
ii. Mandi bunga
iii. Alin telur
iv. Mengubat santau
v. Pagar rumah & lain-lain

I) Urutan Melayu
Read More...

Saturday, January 7, 2012

TAWARAN & PERKHIDMATAN KESAKTIAN GAYONG MA'ARIFAT


Gayong Ma'arifat Group of Companies menyediakan KEPERLUAN dan PERKHIDMATAN bagi membantu anda dalam menghadapi cabaran dan rintangan dalam kehidupan kita seharian masa kini yang penuh dengan kes-kes jenayah seperti ragut, rompakan dengan senjata tajam, penculikan, kes bunuh, tembakan dari jarak dekat/jauh dan lain-lain kes jenayah yang tanpa diduga oleh kita. Kami juga akan mendedahkan RAHSIA warisan ilmu Datuk Laksamana Hang Tuah dan Ulama' zaman silam, iaitu TENAGA ROHANIAH yang ada pada diri kita masing-masing (cuma perlu 'diaktifkan') yang dapat membantu kita di dunia dan akhirat.


A) Pengisian SELENDANG atau SENJATA dengan hikmat dan ilmu luar biasa

(Dijamin bersih, tiada jin @ khadam, tiada unsur-unsur khurafat, amalan songsang, dan bukan ilmu hitam):

Nota: Semua selendang @ senjata yang telah diisi dengan kelebihan yang dijanjikan boleh terus diuji atau dibuktikan di depan kami. Jika gagal, wang anda akan dikembalikan pada waktu itu juga. Tiada unsur penipuan atau penyamaran. Dijamin bersih dari unsur-unsur khurafat @ syubhah.



B) Kami juga menyediakan Rawatan Alternatif dan Syifa

>Masalah misteri, sihir, gangguan makhluk halus, rumahtangga, perniagaan, pekerjaan, jodoh, pelajaran dll.


C) Kursus perubatan TENAGA ROHANIAH

>Terapi Syahadah/Fatihah/Qursi, Gelombang, Aura, Syifa, Kinesiology, Urutan dll.


D) Pengisian Tenaga Ayat (Susuk Ayat)

> Besi Qursani (Tenaga kelelakian) @ Alat Kelamin (wanita)
Menambah kekuatan tenaga kelelakian (suami)
Membangkitkan rasa ghairah kasih-sayang,dendam pada pasangan
Merangsang dan meningkatkan kualiti hubungan intim
Melambatkan injuksi pramatang suami
Memberi kepuasan yang tidak terhingga pada suami

> Pengasih/Penunduk/Pelaris perniagaan
Membangkitkan aura seri pada wajah
Pemanis pada wajah (untuk pasangan keluarga, pelanggan perniagaan & orang ramai)
Membangkitkan rasa kasih-sayang pada pasangan
Membuatkan orang selesa pada diri kita

Nota: Semua Pengisian Tenaga Ayat dimasukkan melalui ubun-ubun. Dijamin bersih, tanpa logam, tiada jin @ khadam, tiada unsur khurafat, amalan songsang, ilmu hitam, dan dijamin tidak sakit. Ayat suci Al-Quran/Doa Mustajab ini sangat berkesan untuk tujuan keselamatan, penunduk musuh, seri wajah, kebahagiaan suami-isteri (hubungan intim), dan lain-lain lagi kegunaannya. Semuanya akan terjadi dengan IZIN Allah SWT.


Bagi sesiapa yang berminat, yakin dan percaya bolehlah menghubungi kami dan membuat temujanji untuk penerangan dengan lebih lanjut. Nescaya anda mendapat faedahnya dan akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan untuk kebaikan diri anda juga.


















Read More...

ILMU GERAK TENAGA ROHANIAH ( ILMU PERMAINAN LAKSAMANA )

Ilmu Tenaga Rohaniah (Ilmu Syahadah) Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia adalah ilmu warisan para Wali - Wali Allah, Ulama silam & Datuk Laksamana Hang Tuah dari Nusantara Melayu dan Timur Tengah.

Ilmu ini mengatasi segala ilmu kebatinan dan ilmu mistik yang lain kerana asasnya adalah penggunaan dua kalimah syahadah & dijamin tiada sebarang unsur - unsur syirik yang melibatkan jin,syaitan,iblis dan sebagainya.


Apa itu Ilmu Tenaga Rohaniah?
Ilmu Tenaga Rohaniah Ialah warisan dari ulama ulama dan pendekar pendekar silam dan merupakan salah satu dari cabang ilmu yang dikatakan Ibu Gayong.


Apa yang bakal diperolehi dengan Ilmu Tenaga Rohaniah?

Ilmu ini adalah pakaian Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, jadi sudah tentu ia merupakan ilmu beladiri, tetapi lebih dari itu sebenarnya Ilmu Tenaga Rohaniah sebenarnya lebih dari itu, dengan mengamalkan ilmu ini anda mampu:-

>Bersilat dengan kemas cantik dan sempurna dalam keadaan yang sedar dan waras.
>Memukul musuh dari jarak jauh
>Mengunci pergerakan musuh
>Menepis gangguan makhluk halus dan sihir
>Tahan tetakan senjata tajam

Itu hanya dari aspek bela diri dan mistik, tetapi bagaimana dengan kehidupan sebenar?
>Hilangkan stress dengan meditasi dan zikir yang terdapat dalam amalan Ilmu Tenaga Rohaniah
>Memecah kebuntuan idea , menyelesaikan masalah yang rumit.
>Melakukan sesuatu yang tidak pernah dipelajari seperti membaiki kereta dan lain lain bila keadaan mendesak.

Berikut pula manafaat kepada pelajar sekolah atau IPT
>Mampu mengingati pelajaran berganda ganda lebih baik dari sebelumnya.
>Mengulangkaji dengan lebih berkesan
>Yakin bila menghadapi peperiksaan

Lebih lama mengamalkan ilmu ini semakin banyak kelebihan yang dapat diperolehi. Yang lebih penting ialah ilmu Ilmu Tenaga rohaniah tidak hanya bermanafaat didunia tetapi juga di akhirat kerana amalan yang diamalkan ialah zikir zikir dan ayat ayat Al Quran yang pastinya di anugerahkan dengan balasan pahala.


DALAM KURSUS INI ANDA AKAN DIAJAR


>Latihan rencah jarak jauh.
>Mengunci musuh jarak jauh.
>Mematikan sihir musuh jarak jauh.
>Merawat diri sendiri, keluarga & orang lain.
>Membentuk perisai tubuh agar tidak dilukai senjata tajam.
>Mampu bersilat dalam apa sahaja silat dengan sendiri tanpa diajar di dalam gelanggang.
>Membuat tubuh kuat dan menjadi sihat serta menghindarkan diri daripada segala penyakit.
>Menjadikan otak cergas sentiasa.

Dan 1001 kelebihan lain (bergantung kepada niat anda).


"ILMU KAMI TIDAK MENGGUNAKAN TANGKAL, JIN ATAU LAIN - LAIN BENDA TAHYUL. KAMI MENGGUNAKAN ILMU TAUHID DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH S.W.T. BERUSAHA MENYELAMATKAN DIRI DENGAN ILMU WARISAN PENDEKAR MELAYU JIKA DICEROBOH ATAU DISERANG. "
Read More...

Monday, January 2, 2012

Duniaku Gayong Ma'arifat





















Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM) 

PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang masih mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian silat melayu tua.
Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah berkembang keseluruh Malaysia semenjak 1993 hingga kini dan telah mempunyai murid atau pelajar seramai 15 ribu orang. PSSGMM hari ini berada di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak.

Sejarah

PSSGMM telah diasaskan oleh Datuk Dr. Azam b. Zulkifli selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMM

Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.

Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu En. Mohd Nizam B. Zainal serta Ahli Jawatankuasa Pusat serta Persatuan Negeri.

PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176

Pelajaran

Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian Islam diterapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat.

Kaedah bela diri dan kesenian dalam persilatan ini terbahagi kepada 7 permainan:
>Buah Pukul Minang
>Sendeng Dua Beradik
>Terlak Sumatera
>Cekak Minang
>Harimau Minang
>Panglima
>Laksamana


Tujuan dan matlamat PSSGMM yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (KDN 1176) adah seperti berikut:

1. Menghidup dan mengembangkan warisan seni silat Gayong Ma’arifat kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya dimata dunia.
2. Memupuk & memelihara nilai-nilai kesenian persilatan & budaya melayu yang bersesuaian dengan kesenian dan budaya Negara
3. Membenteras serta membasmi kepercayaan tahyul & kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam
4. Menanam sifat berdikari, kefahaman mental & kecergasan diri
5. Mempertinggi dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.
6. Menyatu dan mendidik semua ahli-ahli Pesilat Seni Silat Gayong Ma’arifat di bawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu generasi yang bermoral dan berdisiplin serta memelihara warisan pusaka bangsa.
Read More...